SUP TULANG GAYA "CHEF WAN"

rsz_dsc_6679
Salam semua, dah makan tengah hari?...Hari ni nak test try satu resipi dari Chef popular Malaysia, kalau sebut je semua kenal.....kalau sebut Chef Wan, sapa tak kenal. Dalam simpanan mat ada 3 buah buku masakan beliau seperti pernah mat review dulu di sini. Sebenarnya lama dah nak mencuba satu resipi sup yang agak menarik dari salah satu buku beliau. Resipi asal gunakan ekor lembu tapi korban tu hari ekor semua hilang sudah, jadi yang ada tulang... Bak kata Tan Sri P.Ramlee dari makan tulang biar makan hati, tapi ini tulang bukan sembarangan, power sehhhh...erkk. Benda2 macam ni mat cuma boleh masak dan merasa pada tahap minima sahaja, gilerrr nak melantak sungguh2, ada kang...haaaa, nak sebut pun ngeriss...huhu. Tapikan sup ni sedap lah, ada rasa sedikitttt masam sebab ada campuran tomato puree, mat bukan nak puji Chef Wan ni, kebanyakkan resipi dia memang sedap, tapi ada juga yang tak kena dengan tekak, biasa lah manusia bukan semua sama selera, jadi normal lah kan..Ok kita lihat resipi dia dan terima kasih pada Dato Chef Wan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ekor lembu (mat guna 1 kg tulang lembu berdaging)
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah, kupas dan dadu
1 biji kentang, kupas dan dadu
2 batang saderi, didadu
Garam secukup rasa (mat tambah sedikit gula)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (mat guna daun sup/daun bawang)
Bawang goreng

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
1 inci halia

BAHAN TUMIS :-)
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tulang lembut dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan. Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau.
  2. Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3 - 4 minit hingga harum. Tambah tomato puree. Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air secukupnya.
  3. Renih kan hingga daging pada tulang tadi empuk (kurang lebih 2 jam). Tambah kentang, lobak merak dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2 - 3 minit lagi.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti. Jika kelihatan minyak agak banyak, boleh ceduk keluar..

Post a Comment

16 Comments

  1. meleleh liur tgk pepetang ni.... br minggu lepas msk sup tulang qurban :)

    ReplyDelete
  2. waduhhhhh buat akak terliur jek..kalau suami akak nampak ni, mesti dia suruh masak mcm ni..dia peminat setia sup tulang..lenkali nak masak mcm nilah..tq Che Mat...

    ReplyDelete
  3. slurppp slurppp ..... !!
    Nina hirup sikit yea CMG
    sedapppp nyer :))

    ReplyDelete
  4. sedapnyeeeeeeeee!!
    owh btw baru follow mat gebu kat twitter tadi hehehehhe...

    ReplyDelete
  5. haha..ekor tu kena cepat2....stok terhad tu

    ReplyDelete
  6. Cik Mat Gebu mmg penggoda. Menggoda org dgn resepi yg terliur la sungguh bila kakchik melihatnya. Menyampah!!! Hihihi.

    ReplyDelete
  7. as'salam cik mat...memang sedap nampak sup ni..pernah tengok resepi sup ni chef wan masak kat tv...tapi tak sempat salin resepi masa tu...thanks to cik mat....boleh wat rujukan disini...thanks cik mat. :-)

    ReplyDelete
  8. sy pernah tgk chef wan masak sup ekor kt tv, tp xsmpt salin! waaaa hepi kemain cikmat letak resipi kat sini hahaha

    ReplyDelete
  9. sup buh tomato puree ni ala2 stew la kan rasanya..sedap tu cicah roti

    ReplyDelete
  10. sedapnya!
    terus nak pergi beli sup tulang..

    ReplyDelete
  11. Kechurnya...dapat semangkuk ni best ni kan...

    ReplyDelete
  12. wow sedapnyer nampak sup! mmg favourite hubby sup :)

    ReplyDelete
  13. kaki lembu kat umah ni, tak buat2 lagi sup pcm..hehehe

    ReplyDelete
  14. Cik Mat, nak salin resepi ni, saya pun minat simpan resepi dia tpi tak jumpa pulak resepi sop tulang nih...halal ek

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.