BEN ASHAARI

Thursday, November 24, 2011

IKAN SAMBAL KASTURI..

rsz_dsc_7457
Salam tengah hari, ok kali ni nak letak resipi ringkas dan mudah dibuat. Ikan sambal kasturi ni cukup sedap jika dihidangkan bersama nasi panas. Rasanya tak pedas sebab mat guna cili hidup, kalau nak pedas boleh tambah 3-4 biji cili padi dalam resipi. Selain untuk ikan, anda juga boleh ganti dengan terung, kalau nak test ayam pun ok juga, ayam tu goreng kunyit seperti biasa, letak dalam pinggan dan tuang sambal ini atasnya. Mat guna ikan kembong, kalau anda nak guna ikan lain pun boleh, asalkan ikan tu berisi, kalau guna ikan yang isi sikit, agak kurang sesuai lah. Lagi satu, kalau guna ikan keli pun sedap juga...Pstt sebelum tengok resipi, klik sini kejap..Terima kasihh..i lep u lahh..muahhh!!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
5 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit bawang besar yang didadu, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, kelar2 sedikit, cuci bersih dan toskan. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan tadi tapi jangan sampai garing, biar embal2 sahaja. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga garing, gunakan api kecil. Masukkan daun limau purut, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang sambal tadi atas ikan kembong, rata kan dan hias dengan bawang besar yang telah didadu dan jika suka letak belahan limau kasturi atasnya. Hidangkan bersama nasi hangat.

4 comments:

JIJI YU said...

erkk..baru je siap makan

Emma said...

kalau ini punya menu mesti 3 , 4 kali tambah nasi...

D'ya Marshmello said...

glup! sedapnya, mahu try la resepi ni! nampak menarik!

JOM SINGGAH & KOMEN : Siapa Nak Free Photoshoot ?

N.A.S.H.A said...

Assalamualaikum mat, akak baru jap mencuba resepi ni menggunakan ikan selar (ibu selar) dihantar kawan dari KK. sat lagi nak tunggu komen dari cik abe n anak2. Kebetulan limau kasturi di pohon lebat berbuah....terima kasih daun keladi atas perkongsian resepi ini. Wassalam

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.