BEN ASHAARI

Monday, October 10, 2011

NASI GORENG TOM YAM......NOVEL "MELUR JELITA" DI PASARAN

rsz_dsc_3123
Assalammualaikum, selamat pagi Isnin, hmm dah tengah hari pun. Hari ni mat rasa ok sikit walaupun batuk masih ada ni, rasa macam tak larat nak buat apa2. Tapi nak buat macam mana, dah nama mat gebu, kena lah juga masak. Pagi ni mat teragak nak makan yang masam2, nasi ada, jadi jom kita goreng nasi ala2 tom yam, alah guna tom yam. Cuma mat letak kerang dan bahan2 lain, sedikit sayur, telur dan hirisan cili padi, simple2 saja. Plan nak masak lain tapi rasa tak larat pulak, cuma ada lah mat masak satu masakan kampung ni, yang tu nanti mat share dalam entri berikutnya yea. Sebelum mat tulis resipi, ada sedikit nak beri tau pada anda semua....

Blogger Melur Jelita yang bergiat aktif dalam penulisan novel diblog beliau di sini, telah membukukan novel tersebut dan akan berada di pasaran pada 15 hb Oktober 2011 ini, tak berapa lama lagi dah....Pada penggemar novel, boleh dapatkannya nanti...Pasti tak menyesal...Tahniah juga dari DTS-MAT GEBU untuk Melur Jelita..moga berjaya di masa2 mendatang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, dikareh
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 helai daun limau purut
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
2 kuntum bunga kobis sebesar penumbuk, potong kecil
1/2 cawan mix vege (lobak merah, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji telur, kacai sedikit
5 biji cili padi, hiris halus
1/2 cawan isi kerang (atau isi ayam/udang)
2 biji limau kasturi
Sedikit serbuk lada hitam
Sos ikan secukupnya
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga harum, masukkan serai dan pes tomyam, kacau raya. Masukkan kerang, bunga kobis dan mix vege, kacau rata dan tambak sedikit air. Masak hingga bunga kobis lembut.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, bila mengeras, kacau rata. Masukkan daun limau purut secubit gula, jus limau kasturi dan nasi. Gaul rata, masak dengan api besar. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan panas kan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!.

10 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

terasa masam2 plak kat tekak... CMG, lama tak dengar pkataan 'kareh' tu. Dulu, arwah abah sy, asal nasi kering msti akan ckp mcm ni, "Sari, kareh nasi," huhu.. (dalam hati, balik2 aku yg kena kareh.. skrg tetiba rindu lak nak kareh nasik yg dimasak abah..

Isteri Encek Bard said...

TU DIA NASI GORENG PEBERET EN. BARD NI CMG... IEB SLALU DAPAT REQUST BUAT PEPEDAS NASIK GORENG TOM YAM NIE.. MEMANG SEDAP

Melur Jelita said...

Salam Cik Mat,
wahhh..masuk juga ASST di sini. Terimakasih ya Cik Mat..alhamdulillah..semoga Cik Mat juga dimurahkan rezeki dari Allah swt , amin999x

Iffah Afeefah said...

Erm lme x mnyibuk kotak komen pcm

dap gk mkn ns grg tgh pns nyummi.

Papa ben nye nvel bile lg

aDisH.sHidA said...

X PERNAH LAGI MAKAN NASI GRG TOMYAM.....

Lysha said...

Dearest CMG,Get well soon yaar...miss your extravaganza entries...
Still am loving your every entries....huya...

Myra Jay said...

Sedapnyerr..

Myra suka makan nasik goreng tomyam nie, semua rasa ada.. ;)

Cik FaRiZaM said...

samala ...suk agak makan nasi goreng tom yam ngn nasi goreng kerabu...nyum! nyum !

Citarasa Rinduan said...

wah!!!!!!!
terus rasa lapor

sat lagi nak buatlah.. hehehe

Munirah Rafiuddin said...

best r plak....lapooorrrrr....
awk, singgah r kat blog kite...be my follower tooo....
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.