rsz_dsc_3123
Assalammualaikum, selamat pagi Isnin, hmm dah tengah hari pun. Hari ni mat rasa ok sikit walaupun batuk masih ada ni, rasa macam tak larat nak buat apa2. Tapi nak buat macam mana, dah nama mat gebu, kena lah juga masak. Pagi ni mat teragak nak makan yang masam2, nasi ada, jadi jom kita goreng nasi ala2 tom yam, alah guna tom yam. Cuma mat letak kerang dan bahan2 lain, sedikit sayur, telur dan hirisan cili padi, simple2 saja. Plan nak masak lain tapi rasa tak larat pulak, cuma ada lah mat masak satu masakan kampung ni, yang tu nanti mat share dalam entri berikutnya yea. Sebelum mat tulis resipi, ada sedikit nak beri tau pada anda semua....

Blogger Melur Jelita yang bergiat aktif dalam penulisan novel diblog beliau di sini, telah membukukan novel tersebut dan akan berada di pasaran pada 15 hb Oktober 2011 ini, tak berapa lama lagi dah....Pada penggemar novel, boleh dapatkannya nanti...Pasti tak menyesal...Tahniah juga dari DTS-MAT GEBU untuk Melur Jelita..moga berjaya di masa2 mendatang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, dikareh
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 helai daun limau purut
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
2 kuntum bunga kobis sebesar penumbuk, potong kecil
1/2 cawan mix vege (lobak merah, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji telur, kacai sedikit
5 biji cili padi, hiris halus
1/2 cawan isi kerang (atau isi ayam/udang)
2 biji limau kasturi
Sedikit serbuk lada hitam
Sos ikan secukupnya
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga harum, masukkan serai dan pes tomyam, kacau raya. Masukkan kerang, bunga kobis dan mix vege, kacau rata dan tambak sedikit air. Masak hingga bunga kobis lembut.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, bila mengeras, kacau rata. Masukkan daun limau purut secubit gula, jus limau kasturi dan nasi. Gaul rata, masak dengan api besar. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan panas kan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!.