JOMM MAKAN SANDWICH SALAD AYAM..

rsz_dsc_3062
Meragam..arghh tekak ku meragam nihh, paling sedap makan jeruk kedondong dan jeruk betik. Yang lain2 tu macam payau je tekak, bila makan pun ntah rasa tawar hebey...huhu. Sandwich ni kira ok lah, sedap...kalau tak sebab batuk dan sakit tekak, memang ngam woo dengan tekak. Ini kira sesuai untuk sarapan atau masa ter kebularan melanda. Nak buat dia rasa mat tak delah cepat sangat, tapi mudah. Mat guna dada ayam yang direbus dan didadu kecil, tambah dengan hirisan jeruk gherkin bawang besar, mayonnaise, lada hiitam dan jus limau kasturi. Kalau anda nak lapiskan dengan keju pun boleh, tapi rasa mat tak payah dah sebab macam tu pun rasa dia sudah kaya dan sedap. Ok mat tulis resipi senang ni...

(Rupa gherkins jeruk..gambar ehsan google)

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich
2 helai daun salad
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
1 biji gherkin jeruk, dadu kecil*
1 keping dada ayam, rebus hingga masak dan didadu*
1 biji bawang besar, dadu*
1 1/2 camca besar mayonnaise*
Serbuk lada hitam secukupnya*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*(*disatukan dan gaul rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil 2 keping roti, alas daun salam pada sekeping roti, letak 1/2 bahagian bahan2 yang digaul rata tadi dan ratakan. Susun timun dan tomato, kemaskan dan letak sekeping roti kosong atasnya. Tekan sedikit. Hidangkan segera.

Post a Comment

9 Comments

  1. ohhhhhhhhhh..nasib baik bukan kedondong dalam balang tu

    ReplyDelete
  2. uwaaaaaaaaaaaaaaaa.... smpai hati ko mat....menyiksa mama dgn gambar sandwich ni...

    ReplyDelete
  3. macam gamat je kannn..
    tapi sandwich tu mencuit hati nak2 pulak tak selera dgn nasi skrg ni

    ReplyDelete
  4. sedappnyew..da la tgh lapar ni.. hehe..

    ReplyDelete
  5. ooooohh
    walau mudah
    tapi tatap sodap!

    ReplyDelete
  6. jeruk tu ada guna dalam burger mcD ye? macm timun rupanya

    ReplyDelete
  7. salam en.mat..sedapnya.ni kalo p buat masa terjaga kelaparan kol 3 pagi pon sedap neh..heheh

    ReplyDelete
  8. tu jeruk timun (pickels) kan? Sedapnyaaa... :)

    jemput ke blog http://hebatkan.blogspot.com

    salam kenal ;)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.