BEN ASHAARI

Saturday, October 8, 2011

MI KARI....TERIMA KASIH AYU CITARASA RINDUAN

rsz_dsc_2872
Lewatnya masukkan entri, patutnya ini malam tadinya..hmmm. Selain mat tak berapa sihat (batuk dan sakit tekak), perasaan malas turut bercampur gaul..huhu. Menu pagi ni mat letak entri mi kari. Resipi biasa2 saja, cuma aksesorinya agak meriah. Hmmm terlebih dahulu kan, dengan ikhlas hati mat ucap terima kasih pada Sunah dan Ostad Jiji.....huhu...Jiji, kata2 pesanan mu sungguh membuat pcm terharu dan...dan...dan....huhu tak boleh dah nak kata apa2 lagi, kang banjir Johor guaaa nangess. Terima kasih anda berdua....akan ku pahat ingatan tu di lubuk hati ini.. Ok, berbalik cerita kesah mi kari pulak, dibawah ni yea.....

Hari ini mat menerima kunjungan Puan Siti Rahayu dari blog Citarasa Rinduan, kehadiran Ayu petang tadi bersama suami En Zali, anakanda beliau dan juga Bonda. Terasa berbesar hati atas kunjungan tadi, dan dalam masa yang sama, mat ucapkan terima kasih pasa sorang lagi blogger En Eqbal Zack.... yang ni nanti kita cerita dalam entri lain yea. Jadi mat jamulah mi kari, tuna roll dan kek gulung yang mat buat malam sebelumnya. Pada Ayu, saya ucapkan terima kasih dan minta maaf jika terkasar bahasa, terkurang layanan yea.....

SIREH TUMBUH PENUHI LINGKARAN,
BERCAMPUR DENGAN AKAR UBATAN
TERIMA KASIH ATAS INGATAN,
MOGA PERSAHABATAN BERKEKALAN...

BAHAN KUAH MI KARI :-)
700 garam ayam, potong kecil, cuci dan toskan
3 keping fishcake, hiris sering sederhana tebal
400 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
3 1/2 camca besar rempah kari daging
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
1 kiub ayam (optional)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyi hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut

BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
Sawi bok choy, dicelur, toskan
Telur rebus, dibelah dua
Taughe, buang ekor, celur sekejap dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
Hirisan cili merah dan hijau
Isi kerang rebus secukupnya
Belahan limau kasturi
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga kecut. Tuang santan cair dan air secukupnya. Biar mendidih, masukkan hirisan fishcake, kiub ayam, tomato dan asam gelugor. Biar hingga ayam masak, tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah kari bersama isi2nya dan letak bahan2 lain atasnya. Perah limau kasturi sebelum dimakan, Hidangkan segera.

11 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

Selamat pagi CMG, bestnya dpt jumpa teman2 blogger. Bila pulak turn akak ni? Jauh beno Sedenak tu dgn Sabah, CMG je la bercuti kat sini....

Yatie said...

uwaaaa seronoknya jumpa Ayu...kalau singgah umah Mat mesti dapat makan mee kari yg mewah tuuuuu....terliurlah pulak tngk deretan kerang tu....my febretttt...

JIJI YU said...

alhamdulillah..papa dah kembali semangat

Mas said...

sedapnya mee kari.....
terliur nengoknya..he3

Sunah Sakura said...

tahniah atok...

nyanyisunyi said...

nak try lah resepi mee kari ni..anak bungsu sy mst suka

Mamamya said...

semoga cpt sihat ye CMG...ntah bila la dapat m'jejakkan kaki ke sedenak lagi....

Ati Masrif said...

salam mat,

baik hatinya mat hidang macam2
ke blogger ayu and family

kak ati minatlah dgn segala pinggan
mangkuk kat rumah mat cantik2 tu :)

harus nak cuba mee kari versi mat ni :)

aimie amalina said...

=]
alhamdulillah
enaknyela
huu
bile la nk p johor lagi an...

Citarasa Rinduan said...

cik mat....
terimakaish daun keladi ya..
mee kari cik mat tu mmg klass ko!!!!!!!!
tang bawang goreng asli tu.. hahahhah. ku ratah gitu2 jer ko.. hehehehe

i like....

amin, moga persahabatan kita kekal selamanya..

aDisH.sHidA said...

meeeeeeeee kari..nanti kalau kami dr utara pergi boleh la ye buatkan mee kari....feveret along tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.