Salam semua, dah makan tengah hari?..Kalau hari Jumaat ni, waktu rehat panjang sikit kan, tu bagi yang keje2 office lah, akak2 pun ada tu ambik kesempatan soping..wahhh bessnyaa. Kali ni mat nak share satu rsipi orang2 kampung. Kira mudah didapati dikampung2, tumbuh meliar. Terung pipit yang seakan2 kacang pis amat sesuai dimasak lemak cili padi, selain dibuat sambal dengan cili hijau atau dicelur dan dibuat ulam. Resipi Thai juga banyak menggunakan terung pipit dalam masakan mereka. Rasanya lemak2 pahit, tapi sedap. Kali ni mat masak dengan ikan bilis tamban, kalau guna tulang ikan kurau pun sedap, terpulang pada selera masing...resipi seperti dibawah..
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan terung pipit muda, dibuang tangkai, cuci dan toskan
1 genggam ikan bilis tamban, belah dua, buang tulang dan rendam
2 batang serai dititik
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air secukup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
30 biji cili padi kampung
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan bahan2 kisar halus dalam periuk bersama serai titik dan terung pipit, kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih, tambah air jika perlu dan biar terung lembut sedikit. Tambah ikan bilis tamban tadi. Kacau rata.
- Masukkan asam gelugor dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga terung lembut dan ikan bilis tamban masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.
8 Comments
wah.,
ReplyDeletebagus nie buat kesihatan...
tak sabar2.. hahahahahhahah
Mantaplah CMG...suka sgt klau di hantar semangkuk kat sy ni..:)
ReplyDeleteCMG ini pasti satu lagi fav Nadia. Yang makan kat umah awak hari tu pun blum nak buat lagi. now mesti nak kena cari terung pipit.
ReplyDeletetiba2 lapar..
ReplyDeletesedap..
kalo taruk udang ok tak
ReplyDeletesalam che mat, kalau di tempat saya, di Perak, kami panggil ni terung belanda.
ReplyDeleteCik Mat, boleh tak dalam sehari Cik Mat tak yah masak yang sedap2... Rasa nak jadi adik angkatlah...ari2 boleh angkat makanan dr dapur cikmat yg nyamannnn tu....ni ha saya tadan tepen merah..hikhik...
ReplyDeletenyummy2!
ReplyDeletenmasakan kampung mimi nih
sedaaaaapppp