LABU MASAK LEMAK....HIDANGAN RINGKAS

rsz_dsc_2897
Assalamualaikum, malam semua...hmm baru boleh nak up entri, lepas makan ubat batuk petang tadi, mat terus pancit, terlena..hadoi, tak pernah umur mengantuk macam ni. Dah nama makan ubat batuk kan, tu yang lalok. Ok malam ni nak share labu masak lemak, memang biasa2 kan. Mat tulis ni saja nak berkongsi sama mereka tak pasti lagi macam mana nak masak. Bagi yang pakar2 masak tu dok diam2. Labu ni kira ada 1001 kegunaan, dibuat masak lemak boleh, buat pengat pun ok, buat kueh bakar pun sedap, pendek kat macam2 lagi lah. Tapi kata orang2 tua, labu ni dalam kategori benda2 sejuk, jadi untuk mengimbangi nya, kita letak lada hitam. Ma tulis resipi pulak......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis, saiz sederhana
8 tangkai panjang, dikerat pendek
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, buang biji, kupas kulit dan potong kiub saiz besar, cuci dan toskan. Kacang dipatah pendek2, cuci dan toskan.
  2. Masukkan labu dalam periuk bersama serai, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Masukkan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
  3. Tambah pati santan, tambah garam secukup rasa, lada hitam tumbuk dan secubit gula, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, bila labu sedikit lembut dan rasa kuahnya seimbang, boleh matikan api. Hidang dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin....

Post a Comment

10 Comments

  1. Kalau Kjee balik kampung, mak mertua mesti buat sebab dia tanam sendiri labu tepi rumahnya. dia buat kosong jer tapi sedap gillerrsss!!

    ReplyDelete
  2. Masakan mak buat sedap sgt teringin nak mencuba Insyallah nak buat nanti khas...

    *Jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia pada 22okt2011 di Astro Ria..

    ReplyDelete
  3. dulu x suke labu sebb lembik2 dn manis
    ntah cm mane
    bile mkn gulai lemak labu+kecap sedap plak
    sambal kecap lagi sedap
    hehehe

    ReplyDelete
  4. minum ubat batuk mmg le laklok mat..

    akak mmg suka sgt gulai simple2 camni.yang akak suka dapur mat ni,mat selalu bg akak idea nak masak apa utk menu seharian..takpe post kan resepi yg simple2 pun mat sekurang2nya mat bagi idea memasak utk org lain jugak.:)))

    ReplyDelete
  5. makan masak lemak labu ni ngan sambal belacan + ikan kering/masin.. uuuii..sedapnyaa....

    ReplyDelete
  6. CMG, penah try tak masak lemak labu letak daun selasih.. sedap tau

    ReplyDelete
  7. sedang buat masak lemak labu ni perghhh.... best. ikan masik n ak goreng kejap lagi..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.