BEN ASHAARI

Sunday, October 16, 2011

LEMPENG UBI SARAPAN PAGI INI..

rsz_dsc_3591
Selamat pagi Ahad, dah sarapan? Pagi ni buat lempeng ubi, biasa lah typical kampung nya masakan. Lempeng ubi makan sama sambal tumis terung pipit, yang tu hari punya, masih ada berbaki, simpan dalam freezer, nak makan kasi panas kan saja. Tapi ni kira last batch nya sambal lah, lepas tu licin sudah. Hari ni mat belum tau lah nak masak ke tak, pagi tadi kawasan kampung ni tiba2 keputusan bekalan air...hmmm, rosak program masak2 aku, tulah kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Nasib baik semalam ok saja, kalau semalam takde air, lagi parah, nak masak untuk jamu tetamu macam mana kan.....

rsz_dsc_3611
Bercerita pasal lempeng ubi ni, mat guna ubi yang siap diparut, sebenarnya ubi yang diambik dari kebun, bonda akan parut awal, lepas tu dibahagi kepada beberapa bahagian da dibungkus dalam beg plastik bersih, masukkan ke dalam freezer beku, bila nak guna senang dah. Selain lempeng, ubi juga sedap dibuat kueh bingka (di sini...) dan kueh talam (di sini...). Kali ni sebab nak cepat mat buat dalam kuali besar, lepas tu untuk masuk blog, kita kasi lah make over sikit kan, mat terap dengan acuan bulat. Kalau rajin anda boleh buat dalam non-stick pan saiz 4 inci, macam selalu mat buat tu, mesti comel2. Anda ingin tips menjadi blogger yang lebih berkeyakinan? Boleh baca entri ini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Sedikit air (yang ni agak2 lah dalam 3 - 4 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, kacau sebati. Panaskan non-stick pan, oles sedikit minyak masak, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan (bergantung pada saiz non-stick pan masing2).
  2. Masak dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan garing, terbalikkan dan biar kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau ikut citarasa masing2..

9 comments:

Iffah Afeefah said...

Pelik pulak lempeng ubi
blum pnh rse lg

mkn roti je pg ni

Mama Hanim said...

tgk pagi2 cmni lempeng tu terus lapar la CMG. tetiba tingat masakan mak kt kg..sob sob sob.

Tahajjud Cinta Episod Akhir, Video Dan Sinopsis

liemaopurut said...

assalamualaikum dan selamat pagi CMG,

saya tak penah try la makan lempeng ubi ni.....nanti bole la cube.selalu buat lempeng biasa dengan kelapa aje.Sesuatu yang baru tuk di buat.

emieysandra said...

sedapnyer!!
dok asrama xleh buat, tgk gambo je la =.="

Kjee said...

Tadi kan Che mat, Kjee lalu depan Wangsa Siaga. Nampak satu banner kat satu gerai. Nadia laju sangat tapi Kjee ternampak tulisan Bentayan. Hah sah dah. kat situlah Zulkifli Zain dan Normala Omar jual lempeng kelapa. Tetiba Che mat buat pulak lempeng uni. jeles sangat2. kat Kl susah nak cari ubi melainkan gi pasar tani atau chokit.

Lelord said...

sedapnya tgk lempeng ubi.....
kena g lulu hypermarket ni cari ubi tp teragak mkn ubi rebus ngan sambal tumis

Ms Ef Abas said...

baru cerita pasal lempeng dgn hubby, tetiba dalam blog cmg keluar posting lempeng...what a coincidence :)

Isteri Encek Bard said...

huhuhu pepetang gini memang selera klu ada lempeng.. kebetulan plak sambal tumis baru lepas mask

Nur Hani said...

sedapnya menu pagi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.