BEN ASHAARI

Tuesday, May 10, 2011

KUEH TALAM UBI.....

P1280172
Salam, n3 malam ni nak share kueh talam ubi, saja lah buat sebab bosannn petang tadi, abah mat pun ada gak sebut2 kueh talam ni, jadi bila dah bagi "munga2" tuu..tak reti2 ke nak buat kan. Mat guna resipi yang sama macam mat buat dulu. Ubi semua dah siap parut, dan kebetulan belen kelapa parut yang mat masak lemak siang tadi tu masih berbaki, jadi boleh lahh buat. Sekali lagi mat gunakan kukus elektrik dari Chef Asma..senang guna, cepat dan bersih. Jika anda ingin memilikinya boleh singgah diblog chef asma di sini...

P1280178
Mat kukus dalam loyang 9 inci x 9 inci x 3 inci yang mat alas dengan plastik bersih dan sapu dengan sedikit minyak (mat guna minyak kelapa). Masa kukus tu mat tutup permukaan dia dengan aluminum foil, kalau tak nak pun tak pe. Kali ni kan kepala dia mat masak sikit, bukan sampai mendidih, tapi sampai panas sikit je, tapi kena kacau selalu, kalau tak nanti berkerak. Ok jomm kita semak resipi mudah...Pstt dah mengundi?..kalau belum boleh lah Vote DTS kat sini..tak yah segan2 yeaa,...terima kasih..

BAHAN BAWAH :-)
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka
Sedikit pewarna coklat (optional)
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :-)
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian masak atas api ksederhana hingga bancuhan suam, kacau tanpa henti. Tuang perlahan2 atas ubi tadi. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan aluminium tadi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

11 comments:

mcm ni lah said...

arini dah masuk seminggu saya sakit gigi temujanji dgn doktor untuk pembedahan buang gusi dgn gigi geraham bongsu minggu depan,.
tengok jer makanan manis2 mmg sedap tapi doktor dah pesan jgn makan manis2,. ermmm sabo je lah cik mat,.
terpaksa ler makan bubur nasi jer,.

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam Che mat sedapnya nampak.Kak ros selalu jalan sini dalam diam.Ramai sangat peminat che mat.Kalau sudi singgah dapur akak sambil jenguk budak-budak kat tadika tu ya.

Sunah Mohammad said...

bagusnyaaaaaaaaaaa...anak sapa lah ni...da boleh kawen da ni....erkkkkkkk!


























hahahahhaha! larikkkkkkkkkkkkkk!!!!

yatie Awang said...

sedap tu akak suka, tempat akak panggil kuih bingka ubi

mas saari said...

PCM... Mas punya favourite ni!
adussssssss... nakkkkkkkkkk


terliur dah ni...

Sis-Lin said...

klu aku kan...makan yg putih aje..heheheh masin2 tu cedappppp!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Dah lama tak jumpa talam ubi..nampak ni mcm cantik dan menarik je..

Isteri Encek Bard said...

sedapnyer

nor64 said...

salam Mat,

aik ...serupa pulak kita...talam ubi..tapi baru pagi ni akak perasan kat bog mat ni...akak guna resepi mak akak je....

Sweetie said...

Favorite saya talam ubi ni, terliurlah tengok cik mat..!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mat..

nak tanya ni... ubi parut tu.. airnya tak perlu diperah /dibuang ke mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.