BINGKA UBI 2..

Bingka Ubi
Salam petang Jumaat yang mulia....Dah minum petang ke...Kat kampung mat, hujan sekarang ni, sejuk....rasa macam dah lama tak sejuk macam ni..apa2 pun syukur alhamdulillah. Petang ni macam ter rajin sikit, mat buat bingka ubi. Sebenarnya ubi ni dah siap2 parut semalam... nak cerita pun segan, semalam kan abah mat parut ubi ni siap2, then dia nak makan lempeng ubi, tapi kan tah macam mana, aku boleh terlupaa koo nak buat...ishh..ishh...lepas tu abah mat buat sendiri, tanpa banyak bicara...dah tu dengan tak malunya aku pun makan juga sikit...arghhh...apa lah punya anak....tak patut...tak patut....hehehehe... tak pe, hari ni mat dah buatkan bingka ubi, feberet dia tu..ye lah kan ubi tu pun cabut kat kebun sendiri....

Bingka Ubi
Resipi asal mat ambil dari "MyResipi"..tapi kat situ dia guna gula pasir, mat pulak guna gula melaka + gula pasir. Oleh yang demikian resipi asal telah diolah sedikit untuk penyesuaian bahan2 yang mat guna.. Rasa dia lemak2 manis dan harum. Teksturenya lembut tapi kenyal dan sedikit rangup pada bahagian atas kuih, lagi satu kuih ni tak guna telur (versi yang guna telur boleh lihat disini....). Apa2 kuih bingka pun perlu permukaan nya garing, baru lah sedap dan wangi, yang ni sedikit nipis, sebab mat bakar guna acuan 8 x 8 x 3 inci, kalau nak tebal sikit bakar guna tin 7 x 7 x 3 inci...ok jom kita lihat resipi yang begitu mudah...

BAHAN-BAHANNTA :-)
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....

Post a Comment

14 Comments

  1. sedapnye bingka ubi.. mintak sikit..

    ReplyDelete
  2. I nampak banyak kuih bingka kat blog hari ni. Now Mat buat kuih bingka jugak. I pun nak buat ni nanti :)

    ReplyDelete
  3. Mat, kejamnya koooo...citer2 pg td..dah siap bakar dah bingka ubi ko eh..alaaaa...naaaakkkkk..huhuuuu...ko tolong sikit parutkan ubi kat akak..akak bab ni yg malehnya nih...x kira, nak gak..tinggal sikit Mat..tang kerak2 tu yg sedap tuh..

    (*psstt..lagu ko ni sejak bla lak ko suh budak2 nyanyi lagu Ibu ramai2 kat rumah ko nih..ramai anak sedara ke? Hehee..xpa laa, asal jgn lagu ala2 pengkebumian dah laa..hehe..mati lah Mama cakap akak xda perasaan lgsung ni..xda feeling..ampuuun Mama)

    ReplyDelete
  4. salam umialya...
    Boleh2..tunggu kat tepi simpang yeaa...

    hi gert...
    Sana senang nak dapat ubi ke?, kalau di malaysia ni senangkan gert, boleh tanam belakang rumah saja..

    salam kak ummi...
    Hehehe, biasa lah kak, kita merancang allah menentukan..pstt tau dak tadi kan mama tetiba sms saya marah2...mcm nak gaduh, saya dah mula nak sembelit dahh, sekali dia call, kata sesaja jeee..ishh sabau jeee lahhh!!...

    ReplyDelete
  5. sedapnya matt, kalau p rmh matt hari2 jenuh gemuk makan mcm2..:)

    ReplyDelete
  6. Sib baiklah abah Mat tak laserkan Mat masa Mat dengan tanpa segan silunya makan sama lempeng tu yek. Kalau tak, mau tersedak gak kan...

    >>Ummi... yelah yelah... kita tak pandai pilih lagu.. lagu pengkebumian pun kita sapu. Tak pe, kita dah jual dah radio buruk kita kat apek barang antik. Rumah kita tak de radio dah... :P

    ReplyDelete
  7. salam MLMY....
    Hahaha..alah takkan singgah tgk gambar boleh jadi gemuks..lebih2 pun gebu je sikit..hehehe

    salam mamafami...
    Hehehe..mama ni, tu lah saya ni, tah mcm mana terlepas pandang apa yg abah saya pesan..kesiankan, tapi sedap lah lempeng ubi tu maa...Maa, apek mana yg mana let go derio tu..pesal tak bagi saya je....hehehe..

    ReplyDelete
  8. Memang senang dapat ubi kayu di sini. Siap di kopek dan di parut sekali.

    ReplyDelete
  9. gert...
    Macan tu senang lah kalau nak buat kuih...at least rasa rindu pada kampung boleh kurang sikit..

    ReplyDelete
  10. wah sedapnyer bingka ubi kayu dah lama xmakan...ermm lau kt kpg sy panggil bengkang ubi...teringat nostalgia nk bakar kuih nie kena letak sabut atas penutup periuk hehe...

    ReplyDelete
  11. salam aroha...
    Yep, ada juga yg panggey bengkang..eh selalunya org belah2 utara kan yg gelar bengkang tu?..tul ke?

    ReplyDelete
  12. adoaiiiiiii meroyan mokcik senah dbuatnyerrrr!! huh! mencik haku!

    ReplyDelete
  13. salam hana...
    Laaa, ko nak keee..ishh sedap nihh..hahahaha...bila gigit kan dia kenyal2 manja pastu bila kunyah dia jadi gedek2 masuk dalam tekak...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.