Bingka Ubi
Salam petang Jumaat yang mulia....Dah minum petang ke...Kat kampung mat, hujan sekarang ni, sejuk....rasa macam dah lama tak sejuk macam ni..apa2 pun syukur alhamdulillah. Petang ni macam ter rajin sikit, mat buat bingka ubi. Sebenarnya ubi ni dah siap2 parut semalam... nak cerita pun segan, semalam kan abah mat parut ubi ni siap2, then dia nak makan lempeng ubi, tapi kan tah macam mana, aku boleh terlupaa koo nak buat...ishh..ishh...lepas tu abah mat buat sendiri, tanpa banyak bicara...dah tu dengan tak malunya aku pun makan juga sikit...arghhh...apa lah punya anak....tak patut...tak patut....hehehehe... tak pe, hari ni mat dah buatkan bingka ubi, feberet dia tu..ye lah kan ubi tu pun cabut kat kebun sendiri....

Bingka Ubi
Resipi asal mat ambil dari "MyResipi"..tapi kat situ dia guna gula pasir, mat pulak guna gula melaka + gula pasir. Oleh yang demikian resipi asal telah diolah sedikit untuk penyesuaian bahan2 yang mat guna.. Rasa dia lemak2 manis dan harum. Teksturenya lembut tapi kenyal dan sedikit rangup pada bahagian atas kuih, lagi satu kuih ni tak guna telur (versi yang guna telur boleh lihat disini....). Apa2 kuih bingka pun perlu permukaan nya garing, baru lah sedap dan wangi, yang ni sedikit nipis, sebab mat bakar guna acuan 8 x 8 x 3 inci, kalau nak tebal sikit bakar guna tin 7 x 7 x 3 inci...ok jom kita lihat resipi yang begitu mudah...

BAHAN-BAHANNTA :-)
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 g gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  3. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  4. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...kalau rasa macam "susah"..beli jeee lahhhh!!!!...habis cerita....