BEN ASHAARI

Friday, October 28, 2011

LEMAK PUCUK UBI DENGAN KUPANG.....

rsz_dsc_4873
Salam pagi Jumaat, hari ni tak de entri sarapan, sebab mat makan benda2 biasa, roti dan biskut. Hari ni mat masak awal dan mat letak juga entri awal sikit. Hari ni untuk tuan yang terutama, mat masak lauk feberet dia. Pucuk ubi petik kat tanah rendah saja, kupang pulak tu hari abah mat beli jadi dah siap2 rebus, kupas dan bersihkan. Jadi bila nak guna senang lah sikit. Masak ni mudah dan kalau bagi mereka2 yang baru menikah, dan katalah mak pak mertua datang rumah, apa kata try masak2 kampung macam ni, serius nih, orang perempuan, walaupun pandai belajar, modern dan ada "class" dalam macam2 hal, ada kala orang2 tua ni tak pandang sangat benda2 tu, tapi kalau ada satu2 benda yang boleh memikat hati, mesti mereka akan ingat dan kenang, paling mudah masakan lah....eh mat gebu selalu melayan orang2 berusia ni, jadi aku tau lahh....ini cuma pendapat saja lah..tak paksa....apa mat tulis ni kurang lebih sama dengan tujuan blogger ini menulis dalam entri beliau...cuba baca di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 genggam isi kupang, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan rebus hingga 3/4 lembut. Toskan dan cuci dengan air, perah dan hiris kasar. Masukkan ke dalam periuk bersama isi kupang, bahan kisar halus dan serai titik. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Bila pucuk ubi lembut, tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng....Pengsaaannn >___<

7 comments:

JIJI YU said...

kuah dia mmg tak pekat sgt ek

cik cek said...

Kat sini susahnya nak jumpa kupang...memang lama dah tak makan...

Nazura Naa said...

hoho...bestnyaaa kupang...tapi sadis betoi laa kita xleh makan kupang nie..nanti muntah! rugi3...=(
seriously, memang terliurrr!!!

Mat Gebu said...

@ jiji - pekat tu jiji, nampak macam cair...

@ cik cek - kalau kat Johor ni memang tgh musim.

@ nazura -erkk yea ke..hmm boleh tukar dengan kerang juga..

HappyIrfa said...

sedapnya..semalam lunch dah makan pucuk ubi masak lemak..

tiba2 teringat pucuk ubi blakang rumah.emm sabtu ahad ni boleh la masak.

cik kedondong said...

pinjam gambaq naaa buat review..
makasih..xde gamba banyak sgt pun

Sis-Lin said...

Ngencesssss...sedapnyaaa kupangggg..adeiiiii leleh aku dibuatnyaaaaaaaa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.