PSTTT.....MEH SINI NAK KONGSI RAHSIA....

(GAMBAR IHSAN GOOGLE)
Assalammualaikum semua, nak kongsi rahsia ni. N3 sebelum tidur ni mat tak letak resipi, tapi cuma nak berkongsi tips sikit pasal rempah ratus. Mat antara penggemar rempah ratus, mat memang pastikan semua nya cukup dalam simpanan, selalunya rempah ratus disimpan di tempat yang gelap dan sejuk, mat pulak simpan dalam peti sejuk untuk semua jenis rempah ratus termasuk rempah kari dan sebagainya. Kawasan asia tenggara memang kaya dengan rempah ratus, sebut sahaja kayu manis, cengkih, bunga lawang@pekkak, buah pelaga, buah pala dan pelbagai lagi lah, yang pernah menjadi rebutan orang2 eropah hingga mereka menjajah negara dibelah sini....Besar sungguh kan pengaruh rempah ratus ni...Hmm ok ni hari mat nak share cara pembuatan rempah kari daging, rempah kari ikan, rempah kurma dan rempah garam masala...Asalnya mat salin dari satu buku dirumah sedara mat di Singapura....lebih 20 tahun dulu...ok mat share dengan anda, yelah kan bagi mereka2 yang menetap di luar negara dan jika ingin mencuba mengisar sendiri rempah, ini boleh lah dijadikan satu panduan...

REMPAH GARAM MASALA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  • SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus...

REMPAH KARI KURMA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI DAGING/AYAM.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI IKAN.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..
OK tu saja yang mat dapat kongsi dengan anda semua untuk malam ini. Insya Allah kalau ada lagi, mat share di lain masa. Akhir kata, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....Assalammualaikum..
PSTTT.....MEH SINI NAK KONGSI RAHSIA.... PSTTT.....MEH SINI NAK KONGSI RAHSIA.... Reviewed by Mat Gebu on April 06, 2011 Rating: 5

22 comments:

  1. mekaseh CMG... at last saya boleh buat sendiri rempah2 ni. pasti akan dicuba...

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...tutup lah kilang rempah Adabi, Babas semua tu Mat..ko dh bg resepi...jom pakat2 mengilang rempah...wahahahahha

    ReplyDelete
  3. pakcik mattttttttttt

    tadi petang godek entri pakcik mat

    konon nak masak ayam,tapi tak taw nak masak ape

    sekali tengok,ambek kaw

    dengan ketumbar,jintan kasar,halus,manis tah ape lagi tue

    tak jadi terus, buat ayam goreng je

    huhuuhuhu,tak kenal,penat gogel, tak paham gak

    tak mo kenalkan ke kat yang baru nak belajar nie?? em,kene soh mama terangkan jugak nie

    ReplyDelete
  4. TQ CMG..bleh blaja bt rempah sendiri..:-)

    ReplyDelete
  5. waaaahhhhh!!!! best nyer ^_^
    senang kalau tetiba umah dh abis stok rempah kurma adabi ke, rempah kari babas ke..dpt buat sendiri..
    nk kena cuba ni ^_____^

    ReplyDelete
  6. leceh jugak ek... alhamdulillah, msia cukup semua ada ;)

    ReplyDelete
  7. Salam CMG

    trima kaseh...kongsi rahsia buat rempah

    masa di Singapore dulu kite tak belajar buat rempah sendiri...rugi rasanye..

    bukan saja rempah...kuih muih pun tak blajar banyak...

    ReplyDelete
  8. err..utk luar negara je ke? yg dlm negara x tau ni leh ambik tak...? hehe..mesti cik mat nak jawab beli je..banyak bersepah kan...?

    ReplyDelete
  9. pakcik mat..sy tggu pcm tuka domain dlu haha=P

    ReplyDelete
  10. rempah bikin sendiri tentu harum kan Che Mat? tqvm for the recipes :)

    ReplyDelete
  11. wahhh che mat dah jd tokey rempah! lps ni kalau produce rempah mesti laku punya.. peminat CMG@tiffinbiru ramai tu.. :)

    ReplyDelete
  12. bleh sy jadik dealer rempah CMG. CMG, kalu ada request YM dari iman_300100@ymail.com tu sayalah.. lupa nak gtau dlm request tu... ngeh3! Kalau tak accept sy majuk 7 thn... huhuhu

    ReplyDelete
  13. uihhhh...rasa nak pi pinang cik mat la ni jugak...bape hantara ye cik mat..hehehe memang terbaekkkkk!

    ReplyDelete
  14. Salam CMG. Ada satu tip yang saya blajar dgn ibu mertuaku... kalau nak rasa macam kari mamak, lebihkan jintan putih@ halus tu..

    ReplyDelete
  15. ooo...menarik la yang ni pcm...terima kasih..:)

    ReplyDelete
  16. as salam cik mat..mekasih banyak2 la share resepi rempah ratus ni..leh cuba wat sendiri, mesti best

    ReplyDelete
  17. Salam Kenal Mat Gebu...1st time singgah blog ni walaupun dah lama tau ttg blog ni...N3 ni mmg menarik...hari tu pernah tercari2 campuran utk rempah sup...sampai la ni tak jumpa2 lagi..kalau mat gebu ada resepinya...harap dapat share..TQ.

    ReplyDelete
  18. Kalau nak simpan rempah ratus kering agar tahan lama, boleh try bekas simpanan rempah yang comel ni.....
    http://muslimchoices.com/?p=pop_up_spice_rack&s

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.