BEN ASHAARI

Saturday, October 8, 2011

LABU MASAK LEMAK....HIDANGAN RINGKAS

rsz_dsc_2897
Assalamualaikum, malam semua...hmm baru boleh nak up entri, lepas makan ubat batuk petang tadi, mat terus pancit, terlena..hadoi, tak pernah umur mengantuk macam ni. Dah nama makan ubat batuk kan, tu yang lalok. Ok malam ni nak share labu masak lemak, memang biasa2 kan. Mat tulis ni saja nak berkongsi sama mereka tak pasti lagi macam mana nak masak. Bagi yang pakar2 masak tu dok diam2. Labu ni kira ada 1001 kegunaan, dibuat masak lemak boleh, buat pengat pun ok, buat kueh bakar pun sedap, pendek kat macam2 lagi lah. Tapi kata orang2 tua, labu ni dalam kategori benda2 sejuk, jadi untuk mengimbangi nya, kita letak lada hitam. Ma tulis resipi pulak......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis, saiz sederhana
8 tangkai panjang, dikerat pendek
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, buang biji, kupas kulit dan potong kiub saiz besar, cuci dan toskan. Kacang dipatah pendek2, cuci dan toskan.
  2. Masukkan labu dalam periuk bersama serai, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Masukkan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
  3. Tambah pati santan, tambah garam secukup rasa, lada hitam tumbuk dan secubit gula, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, bila labu sedikit lembut dan rasa kuahnya seimbang, boleh matikan api. Hidang dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin....

10 comments:

Sunah Sakura said...

ya Allah, kegemaran's ni!!!

JIJI YU said...

sunah sume benda ko suke..

Kjee said...

Kalau Kjee balik kampung, mak mertua mesti buat sebab dia tanam sendiri labu tepi rumahnya. dia buat kosong jer tapi sedap gillerrsss!!

Mah@Mahu said...

Masakan mak buat sedap sgt teringin nak mencuba Insyallah nak buat nanti khas...

*Jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia pada 22okt2011 di Astro Ria..

eiela said...

sedapnya gulai labu,,wangi..

aimie amalina said...

dulu x suke labu sebb lembik2 dn manis
ntah cm mane
bile mkn gulai lemak labu+kecap sedap plak
sambal kecap lagi sedap
hehehe

anymz said...

minum ubat batuk mmg le laklok mat..

akak mmg suka sgt gulai simple2 camni.yang akak suka dapur mat ni,mat selalu bg akak idea nak masak apa utk menu seharian..takpe post kan resepi yg simple2 pun mat sekurang2nya mat bagi idea memasak utk org lain jugak.:)))

kyo said...

makan masak lemak labu ni ngan sambal belacan + ikan kering/masin.. uuuii..sedapnyaa....

sofiah hanim said...

CMG, penah try tak masak lemak labu letak daun selasih.. sedap tau

Azza Azman said...

sedang buat masak lemak labu ni perghhh.... best. ikan masik n ak goreng kejap lagi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.