BEN ASHAARI

Monday, August 15, 2011

TEH NENAS BERMADU.....NYAMANNN...

P1300629
Weee wettt, ngantuk ke...dah mula buat biskut raya?...tahun ni kan rasa tak berapa nak rajin lah, tapi tulah, malas nak kata apa dah, tengok lah nanti kan, kalau ada...ada lah, kalau takde..tak de lah kan. Tengah hari ni mat share satu lagi entri meleleh..hahaha, sah ada yang geramm kann, releks, sabar...kata puasa. Sebenarnya mat nak habiskan baki nenas yang mat masa asam pedas semalam, ada tak banyak kurang lebih dalam 3/4 cawan yang telah mat dadu kecil. Selalu kan kita buat air nenas biasakan, kali ni mat cuba letak teh..waaa sedap lah, apa yang perlu, nenas tu kita masak dengan gula, air dan daun pandan, kemudian campur air teh tawar. Ha yang ni terpulanglah, mat kan masa masak nenas dan gula tu, mat letak kayu manis dan bunga lawang, part ni anda yang tak gemar tak payah letak yeaa....Ok mat letak serba ringkas resipi dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 - 1 cawan isi nenas yang telah didadu
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*(*optional)
2 cawan air
1/4 cawan madu
Air teh tawar secukupnya (mat rendam 100 ml air panas + 2 sachet teh BOH)
Ais kiun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan isi nenas, gula pasir, air, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan dalam periuk, masak hingga mendidih dan perlahan kan api. Renih hingga sedikit pekat. Sejukkan.
  2. Tuang dalam jug, tambah air teh dan madu, kacau rata dan masukkan ais kiub. Hidangkan sejuk semasa berbuka puasa..

13 comments:

zuwaidah said...

haaaaaaaaaaaaaaaaa fengsan jap.....mak tak kuasa kat sini lama2, nanti tergoda!!!!

Mat Gebu said...

@ zuwaidah - haha, sama lah dgn saya, tu pasal singgah sekejap jeee..blog sendiri..

Muslimah Avenue said...

MG, ce tayang kek kukus yg br masak tu.. Yg indah di pandang sdp di mkn tu... Sy suke...... :D
MG guna mixed fruit brand apa ye..?

Zulfikar Hazri said...

gulpppp.. mat ni saje je tauuu...

miErah halim said...

pening pale ngan Mat ni la..

JIJI YU said...

hoho..ngn nenas..yg dlm tin tu ok kan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh mengancam!mmg menyamankan minuman CMG ni.nak cuba!!tq ye

Iffah Afeefah said...

mabelessss

H.J said...

sekali teguk je ni buat berbukak..huhu

rose@ila said...

tgk gamba kat sidebar link, tak brani dtg jenguk, takut tergugat!mcm tau je, lately dahga bebeno!Ramadhan kareem

Sis-Lin said...

Aku ni klu bab teh2 ni ok klu bernenas tu..tp tang 'madu; tu mmg pantang aku!!!....
nenas tu bermadu ka Mat??????

psttt aku dh puasa la..Retna yg tgh makan donut strawberi tu...hahahahaaaaaaaaaaa

che'pi said...

wah.... musti sedarp nieh... ai ni peggila madu... i like madu madu nieh..... jom balik umah....

Suhaili Sarif said...

kecur~~~
gulp!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.