SAGO GULA MELAKA.....TERIMA KASIH "GTO"..

P1300478
Selamat petang semua, dah siap2 nak balik eks, ada tu plan nak ke bazar ramadhan kan, hmm berhati2 ok, teringat pulak kesah budak 12 tahun yang meninggal sebab keracunan makanan, takziah untuk keluarga arwah dan al-fatihah untuk anak itu...hmm kesian kan, tu lah dah ajal, makanan tu nak jadi penyebab sahaja. Kali ni nak share satu benda yang mat dah nak buat sejak awal puasa lagi. Mula dulu nak buat sago biji pulak tak de stok, lepas dah beli, masa pulak macam tak mengizin kan ke sebab aku tang tak reti nak bagi2 masa eks..huhu, peninggg palo den. Resipi mat guna yang mat pernah buat dulu, dari teman blogger masak mat, Great Lydia. Dia ni teman lama kami geng masak, sejak dia duduk di Australia lagi, satu yang menarik Lydia ni bukan melayu tapi orang cina dan dia sorang sahaja yang bukan melayu aktif di MyResipi ketika itu...Oh yea mat nak ucapkan terima kasih pada blogger "Eyriqazz.com" kerana memilih blog DTS sebagai salah satu blog pilihan August 2011 di blog beliau di sini.....Tocey lauserr!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram sago biji, cuci dan toskan
2 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.
  2. Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
  3. Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk....aduhh nyamann okeh..

Post a Comment

13 Comments

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... eh, tak nampak ape2...

    ReplyDelete
  2. aiyoooo nsb dh petang ni..huhuhuhu sabo lin sabo..

    ReplyDelete
  3. @ ammar - tak de inti, kosong je, makan dengan air gula melaka dan santan, tapi boleh ganti santan dengan susu sejat..

    ReplyDelete
  4. sodapnyeee Che Mat!huhu

    tahniah!!DTS totap dihatiii

    ReplyDelete
  5. baru plan nak buat che mat dah buat.. tp nak tanya.. klu pakai sagu mata ikan yg beso tu agk2 brp lama nak rendam hilangkan putih tu?

    ReplyDelete
  6. alahai .. yg ditayang kat blog ni sumenya feveret kita. camna eh??

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.