BEN ASHAARI

Tuesday, August 9, 2011

NASI JAGUNG SERAI...

P1300447
Salam petang semua..ehem ehem, buat apa tu, sangap2 je, dah plan nak pi bazar Ramadhan yea. Ok petang nak share semalam apa nya menu, hari ni punya mungkin esok kot baru letak. Sebenarnya semalam macam dah tak de idea nak masak. Puas gak fikir apa nak buat nih. Lagi pun semalam mat berbuka 3 orang saja, abang sulung mat tak de, dia ke Terengganu. Mat masak banyak juga semalam, untuk dibagi pada jiran dan juga anak2 buah. Sebenarnya resipi ni macam dah pernah masak dulu dan ada kat DTS kalau tak silap

P1300453
Mat cuma gandingkan dengan 2 jenis lauk saja, daging beriani dan acar timun. Resipi acar tu mat tak letak lah sebab dah banyak kali tulis, daging beriani tu pun sama, mat bagi link kemudian yea. Seperti biasa kalau masak2 macam ni even nasi lemak sekali pun, mat akan guna beras basmathi, selain senang nak sukat bahan2 cecair, hasilnya sungguh memuaskan, panjang, lembut dan sebutir2 nasinya. Jagung mat guna dalam tin je, kalau anda nak guna jagung segar pun boleh, nak tambah kismis pun boleh, ikut kesesuaian masing2. Ok mat tulis resipi dia pulak....Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
4 cawan air rebusan ayam (atau 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam "maggi")
1 cawan air dari dalam tin jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan jagung manis dalam tin
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
2 camca besar minyak sapi
1 inci halia, hiris
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMIS :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkeh

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum. Tambah beras tadi dan goreng 1 minit. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan jagung, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa hingga betul2 masak. Gemburkan dengan chop stick dan tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar timun (resipi di sini) dan daging beriani (resipi di sini..)

9 comments:

aDisH.sHidA said...

YA ALLAH SABAR JE LA....TENGOK ENTRY NIE DENGAN TERLIUR...GLURP GLURP AIR LIUR MELALUI TEKAK...HUHUHU

Myra Jay said...

Sedapnya nasik jagung..
Jagung dah ada kat rumah leh la try buat..
Tapi cheq kena pantang makan ayam ngan daging, camne nie..huhuu

AMMAR YASIR said...

Menggoda betol nasi ni

zuwaidah said...

cik mat, tanya sikit, air rebusan ayam tu memang kita kena rebus ayam then guna air tu ke...hehehhehe tak pernah pakai...udah ler tak pandai masak teman nih

KuNanGKuNanG said...

tengok kat tv malam td anis nabila masak nasi ni..

Sunah Sakura said...

terliur sudah... kurussssssssssss lah sayaaaaaaaaaaaaaa punya puasa macam niiiiiiiiiiiii!!!

Iffah Afeefah said...

erm tak penah makan

onyang nasi beriani satu

JIJI YU said...

cam nasi goreng

aimaniman said...

la hai nak coba aa.. anak2 akak memang suka makan nasi ada jagung.. isshhh tq tq ada la benda nak masak nieh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.