BEN ASHAARI

Thursday, November 6, 2008

DAGING BERIANI

Daging Beriani

Masa merayau2 tadi, macam terberkenan pulak dengan resipi "daging beriani" kak liza....Jadi moh leer kita ramai2 memasaknyaaa!!!....Resipi mat kopipes dari blog kak liza jee lahh..i tengah malas nihh....Minta halal yeaa kak liza..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.....Mat hidangkan bersama nasi beringin...

2 comments:

ICook4Fun said...

Mat, I pun nak masak ni. Nampak sedap sekali tapi nak tanya sikit. Apa tu tomato buah ranum?

Mat Gebu said...

gert...Tomato masak ranum = ripped tomatoes..kalau tak de guna yang dalam tin tu pun ek..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.