BEN ASHAARI

Friday, July 1, 2011

SUP TOM YAM PUTIH.....I LIKE!!...

P1290527
Salam Jumaat semua, hari ni mat rasa macam tak reti nak bercerita banyak, tapi kan mat gebu biasa lah, kata je tak reti, silap2 5 perenggan kang. Hari ni mat nak makan sesuatu yang lite dan senang dimasak. Teringat pernah nampak resipi white tom yam di blog Kak Ina Kl, di sini... Kak Ina ni geng masak2 dan juga kolek antik atau PML (pinggang mangkuk lama). Resipi asal pulak dari Kak Rozie Rembau. Tapi depa guna ayam, mat tak de ayam, udang adalah..Aduhh, gatal's, tapi tak pe lah makan ubat kan. Semalam mat jamah sikit je sotong keping yang ada tabur gula tu, aduhh sedap kan, lepas tu malam, gatal nkooo, bawah dagu semua, huhu, garu juga lah sikit, kang kalau garu tak hengat calau leer muka gebu ai..kann..haha, muntah dan meluat kan nengok si mat ni, perasan bagusss...kononnnn....hmm, nak kata apa, memang guaa bagus dalam hal derhaka resipi..perghh riak gileerr bila kata macam tu....Astagfirullahhh...tak terlintas nak riak atau membangga diri, ilmu sekelumit pemberian Allah ni memang mat kongsi dengan anda semua....Ok jom semak resipi..kan kata dah, mula2 tadi tulis tak nak bercerita, sekarang apa sudah jadi.....hehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz sederhana, kerat hujung muncungnya dan kaki2nya juga, cuci dan toskan
3 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap satu
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
7 batang kacang sweet peas, kerat 2
1 biji tomato belah 6
1 batang saleri, kerat
10 biji cili padi thai merah, dititik
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, belah 6
1/2 inci halia, titik
1/2 inci lengkuas, titik
1/2 cawan santan
2 camca besar sos ikan
4-5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya (yang ni agak2 yea)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang besar, cili padi thai dan lobak merah. Biar mendidih hingga sayur lembut sedikit.
  2. Tambah sos ikan, garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan saleri, santan dan kacau rata. Renihkan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan sweet peas, tomato, cendawan dan jus limau kasturi, kacau dan sesuaikan rasa, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas bersama nasi atau dihidangkan begitu saja...i likeee!!..

17 comments:

Ibu Mifzal Arsyad said...

tgk gambar dah leleh ni..leh cuba kalau rajin..hehe :)

Ayu said...

Assalam, Che Mat,
akak pun suka tomyam putih dari yang merah..kecur pulak tengok tomyam mat ni..uishh..slurps..mat sihat ke tu?..

laskar pelangi said...

terliur dahhh!

Firdnurjue said...

sangat suka tomyam putih...weeeeeeee
n tak bape suka tomyam merah..huk3

GreenAppleKu.com said...

wallahhhhh sedapnyerrrrr...

bersama kak Es said...

laaaa..macam janji pulak. sama la kita. Kak Es pun buat tomyam putih gak :D

dilazfamily said...

sedap yer makanan kegemaran saya. nak amik resepi boleh?

marina anakcikbob said...

sy lbh suka tomyam putih. sbb pd sy, tomyam merah hanyir skt..

Sunah Sakura said...

haaa..nampak sudah tomyam puteh..ngeee~

G3-lina said...

sedapnye mak eih.. lapo perot ni ha!!

raja intan sulphida binti raja sabarudin said...

dah lama tak makan pedas...

Tea said...

adehai, terliur tetiba...

syahir said...

WOW..syabas. act bkn susah nk buat tyam putih ni abe mat. rahsianya pada lengkuas dan halia tu je. hok lain standard ler (spt daun limau purut, cili padi dll). beza merah lak pada paste dia. nok masak cili, belacan, udang kering dan gula merah jer (kalau malas pakai mae pranom cili paste jer). trick nak kasi masam guna pes asam jawa jer, pakai cap adabi senang. hehehe...tyam ni mmg feveret saya ler cik mat. heheheee....lama xtinggal jejak. peaceeeee ;P

JIJI YU said...

kalo kasi pedas sampai meleleh hinugs lagi best ni

Cik Puan Izan❤ said...

ada org bg nama tom yam susu kan... walau apapun tetap nmpk sedap dan lazat...^^

Mrs D said...

Terima kasih Cik Mat, lama dah mencari resepi tom yam putih ni. Thanks bebanyak.

Jasman said...

i pon like...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.