BEN ASHAARI

Monday, July 25, 2011

KACANG PHOOL....BUKAN....KACANG PHOOL.

P1300122
Salam petang semua...panas kan, tekak tak lalu lah nak makan, aku nak makan sesuatu lah. Tadi kan teringin nak makan kacang phool...Tau tak apa tu kacang Phool?..Ini satu masakan orang2 Arab, terkenal di Singapura dan Johor Baharu, ianya daging cincang yang dimasak bersama kacang phool atau kacang parang, ada dijual dalam tin. Tapi kan..kan..untuk kali ni mat tak de stok kacang phool, jadi sebagai alternatif mat guna bake beans, cuma teknik memasak dia sedikit beza dari guna kacang phool. Selalunya ia dimakan bersama roti, tapi anda boleh makan dengan capati, roti prata atau roti biasa. Cara hidangan dia selalunya ia akan disertakan dengan telur mata lembu, cincangan bawang besar, tomato, cili hijau dan merah, serta dituang sedikit minyak sapi cair. Perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan....Wahh, sesuai ni tak lama bulan ramadhan kan...hmmm....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2 (Mat guna bake beans, jadi tak payah ramas)
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata (jenama Baba's)
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
  2. Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah bake beans, dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair (mat ganti dengan minyak zaitun) dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....

14 comments:

JIJI YU said...

haha kat mesir banyak kacang phool ni..jadi makanan ruji ni

Mat Gebu said...

@ jiji - kannn...bijaknyaa anak menantu ayah mat nihh..hahaha..

Ayu said...

Assalam mat,
wah dah lama akak tak buat kacang phool ni..sedap dan meneyelerakan nampak yang mat masak ni..bolehlah masuk list yang ni kalau the 'real' kacang foul tu out of stokkan..thanks for sharing ya..

Sunah Sakura said...

macam sedap lah pcmmmmm!!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahhh cam duk arab la pulak.cicah roti nan sedap gak ni.nyum2

Cik Puan Nurul said...

suke sgt..tp org kat umah ni dok berapa berahi kalo buat me sorg je la yg makan huhu

Amie said...

mat... kena cari capati dulu nak cicah kacang phool tu... telurnya tak cukup sebiji, mata lembu ada 2 laa.... he heheh

Sis-Lin said...

wahhhhhh kacang phool versi mat gebu lerrrrrr...aku selalu makan kat pasar borong pandan tu... :)

kak wawa said...

uish...terliur ceq tengok menu nih.cam sedap jew!sedap lau dpt cicah dgn roti or roti canai instant ni.yummy! :9

Nor Abdullah said...

assalamualaikum abg mat gebu:- Wahh kalau kat jeddah ni,saya beli yang siap lam tin tu ^__^.. and lenyek2 kan n panas lam tin.. kalau nak sedap lagi bubuh perahan lemon.. n taruk sikit serbuk jintan putih sikit..n garam sikit.. last sekali bila da buh lam pinggan taruk minyak zaitun sikit atas foul tu.. heheh ~ ni mak mertua ajar sbb die org saudi palestin~ kalau kami malas>. beli jer.. dan sangat murah kat sini. Makan ngan roti arab yg panas2 tu.. wahhh sedap.. =)

Rozita said...

CMG TQ! lama dah cari resipi ni... balik kang nak try! TQ so much! esok kalau sempat akan ku tepek hasilnya di blog..

WaniGhani said...

Saya penah makan skali je kat JB..sedap! Mudah juga bahan2nye...nak cubalah..yummy!

ain nazathul said...

waaahhh..dah lm cr resepi ni..daddy sy suka sgt mkn..selalu bwk kat arked mara larkin(blkg bus stand larkin) tu klu daddy nak mkn...time ksh CMGebu sbb resepi ni..xpyh la dr kota tgi nak ke jb semata2 nak mn kacang 'phool' neh..hehe

Papa-NtiQ said...

memang kacang phool femes di jb terutama area bandar baru uda. saya rase cam biase je. kalu nak tahu tentang tempat2 makan di jb jengok2 la blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com baru je buat 2 bulan lepas. kalu bolih register sebagai follower ye maklumla blog baru nih sunyi jer hehe TQ TQ TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.