Salam...hmm, mat kan rasa macam bosan sangat, penat dan mood langsung tak de untuk berblog, tapi ntah lah, kalau tak masuk dan update waima satu n3 sekali pun, rasa macam rindu, dan mat terus rasa DTS ni macam tak guna dah kalau tiada sesuatu yang boleh memberi idea pada mereka yang datang ke blog ni. Terima kasih pada yang sudi singgah dan memberi sokongan. Sekarang ni mat tak kesah dah pasal traffic, pasal Nuff dan apa2 saja lahhh. Mat cuma nak share resipi dan benda2 lain tu malas nak fikir. Yang dulu2 mat letak hanya untuk suka2 dan memberi semangat pada blogger2 baru, yang sudi singgah ke DTS. Mat rasa macam nak buang semua benda2 di blog ni, biar tinggal resipi semata2...Bosann lahhh!...
Hmm, petang tadi walaupun malas 200%, mat perintahkan juga breadmaker menguli roti kentang, sesuai untuk sarapan, mata mat kan mengantuk sangat, 2 hari mat tak tidur, baru semalam dapat lelapkan mata, itu pun selepas jam 4 pagi..huhu..hmm ntah lah, fikiran kusut. Berbalik pasa roti ni, mat pernah buat 2 kali kalau tak silap sebelum ini. Ianya lembut dan gebu, sedap dimakan tanpa disapu apa2 jem kerana kastard nya sudah cukup bertindak sebagai seri kaya.. Ok lah mat kongsi resipi dia yea..
Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:-)
Hmm, petang tadi walaupun malas 200%, mat perintahkan juga breadmaker menguli roti kentang, sesuai untuk sarapan, mata mat kan mengantuk sangat, 2 hari mat tak tidur, baru semalam dapat lelapkan mata, itu pun selepas jam 4 pagi..huhu..hmm ntah lah, fikiran kusut. Berbalik pasa roti ni, mat pernah buat 2 kali kalau tak silap sebelum ini. Ianya lembut dan gebu, sedap dimakan tanpa disapu apa2 jem kerana kastard nya sudah cukup bertindak sebagai seri kaya.. Ok lah mat kongsi resipi dia yea..
Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:-)
- UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
- Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
- CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
- UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
25 Comments
Salam CMG sama C&P resepi kek pisang lembab yea...memang sedap. Bila tgk roti kentang nie..cam nak meroti pulak...bahaya nie... CAbutttt..
ReplyDeleteCMG, sabarlah. Mula2 memang macam tu. Itu fasa2 pemulihan. Lama2 akan ok, cuma akan ambil masa. Tak tahu berapa lama, bergantung pada diri CMG. OK?
ReplyDeleteHusb suka makan roti2 macam ni. Lebih manis, lagi dia suka. Tapi bahaya pulak kalau terlebih manis. Haishhh...
roti fav MO ni.. huhu...
ReplyDeletenanti balik nak cuba buat sendiri la, selalu mama je buat roti..
oven besar kat rumah tu buat hiasan je..huuh
okeh esok operasi membuat roti bersama isteri terchinta..
ReplyDeletetq mat gebu!!
:)
Kanda mat...ummi minta izin nak copy resipi to sakuradsahara boleh?
ReplyDeletesalam... takpe..slow2.. myb tak de mood lagi ni.. byk kan sedekah kat arwah ye,,,bila teringat kat die...
ReplyDeleteSaya ttp sokong CMG!!
Thanks share byk resepi.
Salam CMG..takziah dari LM .
ReplyDeleteLM suka roti , tpadakah hasilnyer berbeza jika LM ilu pakai tangan saja?
gebu betul la tgk roti nih.. akan ku coba..
ReplyDeletewah..sgt gebu..selama neh kalo makan roti kentang..kilang je yg buat..haha..cik mat..roti neh than 2 g=hari x?
ReplyDeletepsss....cik mat..semoga keceriaan itu akan kembali semula dalam diri anda ya..Amin...
sedapnye... nyum2
ReplyDeleteSalam Mat,
ReplyDeleteJngn berhenti berblog ya...anggaplah sebagai amal jariah di kemudian hari.....insyaAllah pasti suatu hari nnti Mat boleh terima keadaan yg sebenar(arwah abg Mat)... baru2 ni mmng fikiran terganggu...bnykkan selawat dan mohon dari Allah supaya di beri ketenangan...
sodapnya matt... aku tgh mls nak meroti sejuk2 gini... tp lu telah buat gue tergudasssss... huH!
ReplyDeleteSlm Matt, kalau takde bread softener menjadi jgk tak? i ni selalu nak buat roti tp selalu x naik gebu..frust tol huhu
ReplyDeleteMama pun cam tu gak. kengkadang bosan al malasi ya raabii. Up and down mood nih. Thats normal what? Apepon mama nak resipi. feveret roti kentang tuh. nak try gak one day. bila laa one day tu...hihihi
ReplyDeletetimer kasih Cik Mat Gebu.
ReplyDeletebaru cari2 sbb suami suke roti kentang nih. macih byk2. love the recipies! tkcare oke!
mat gebuuuu ,
ReplyDeleteundi blog ainia di num 91 (pilihan3) dlm http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com boleh ? boleh laa kn kn ? :D
teringin benar nak buat roti kentang ni..
ReplyDeleteklau ci kat jual..mmg laku sbb topping atas tu bnayk n menyelerakan
menggodanya bun ni..kena cari kat tesco ni..tapi xsemantop yg CMG laa..oven x ada..huhu
ReplyDeletesalam takziah ye..
salam mat. Sy dh cuba resepi roti kentang smlm. Lps uli sy rehatkan doh selama 45 minit. Then patutnya kena uli 15 minit lps rehatkan doh tu kan. Tp masa uli 15 minit tu doh mula melekat. Last2 roti tak jadi huhu... frust nih... hari tu buat roti silang inti cendawan tu jadi. Nape ye mat? Resepi roti kentang mmg tak pakai mentega ye?
ReplyDeleteCMG, roti ni mcm potato bread kat tesco tuh kan??kite da try resipi ni mlm td, tp kan mmg adunan tuh melekat ke???kite siap tambah tepung sbb rase cam xlogik la adunan roti lembik n melekat...ke ade cara yg salah?pastuh sbb buat mlm kan, alih2 tertido sblm sempat bakar..pagi ni tengok adunan da kembang seloyang kau...xpe la mlm kang try lg...
ReplyDeletewah selama ni duk beli jer roti ni kat jusco nyer bakery. pasni bleh lah cuba recipi ni. thank u mat :)
ReplyDeletesalam mat,
ReplyDeletesy dah buat dah roti ni according your resipi. jadi elok cantik. special entry for this roti...
http://talkisaid.blogspot.com/2010/12/percubaan-pertama-membuat-roti.html
owh saya sukaaa roti..sedapnya tgok gebu ja roti ni..bila la nak leh wat roti camni~~
ReplyDeleteklau takde susu tepung cane ? boleh ganti dgn pape tak
ReplyDeleteSaya takde bread softener. Jadi tak roti yg saya nak buat ni nanti ye
ReplyDelete