RESIPI SERUNDING CENDAWAN TIRAM


Assalammualaikum, selamat tahun baru Hijrah 1442 bagi semua umat Islam seluruh dunia. Moga tahun baru ini, kita berada dalam keadaan baik2 dan sentiasa dirahmati Allah swt. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi yang mudah dibuat, dan sedap pulak tu. Biasa kita makan serunding ayam, daging, ikan dan kelapa. Tapi kali ni che mat cuba bikin serunding cendawan tiram. Sebenarnya memang dah lama blogger2 masakan buat serunding cendawan tiram, tapi tu jam che mat rasa macam malas lah nak cuba, entah kenapa hari ni, bila tengok cendawan tiram yang che mat beli 2 hari lepas, tiba2 macam nak test buat serunding, apa lah rasanya kan. Maka proses membuat serunding cendawan pun bermula. Tak lah susah mana, cuma ken sabar sikit lah bila memasak tu, sebab nak mengacau sentiasa sehingga serunding cendawan kering seperti serunding ayam atau daging. Jenuh jugalah, buat dalam 500 gram ni pun dekat 1 jam 20 minit, che mat mengacau atas api sederhana hingga ia kering dan berderai. Kalau buat banyak, mungkin lagi lama lah kena mengacaunya sampai kering. Yang penting sekali, api tak boleh besar, nant hangus dan rasa dia akan pahit. Serunding cendawan tiram ni che mat dapat inspirasi dari kak Ilah Jy, beliau dulu seorang blogger masakan yang aktif, tapi kini telah bersara. Terima kasih Kak Ilah. Kalau nak mencuba, jomm semak resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cendawan tiram (boleh guna jenis putih atau kelabu)
2 helai daun limau purut, optional
1/4 cawan pati santan (guna santan kotak pun ok)
1 camca teh pes asam jawa Adabi
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka (kalau suka manis, boleh tambah lagi)
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca besar jintan manis
1 camca teh jintan putih
1/3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5  biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (optional)
2 hirisan nipis lengkus
2 hirisan nipis halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan tiram dicuci dan toskan airnya. Kemudian perah hingga betul2 kering. Siat halus cendawan tadi dan ketepikan. Sementara tu, ketumbar, jintan manis dan jintan putih digoreng tanpa minyak hingga wangi, kemudian tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan gula melaka, pes asam jawa dan santan. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan sedikit garam, anggaran 1 camca teh, kacau rata.
  3. Tambah cendawan tiram, gaul rata dan masak hingga layu. Masukkan daun limau purut (jika guna). Terus mengacau hingga serunding cendawan kering seperti serunding daging, anggaran 1 jam lebih. Boleh masukkan bawang goreng, kacau rata dan masak untuk 10 - 15 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan serunding cendawan tiram dengan nasi panas, ketupat atau lemang. Selamat mencuba!

RESIPI SERUNDING CENDAWAN TIRAM RESIPI SERUNDING CENDAWAN TIRAM Reviewed by Mat Gebu on 8/20/2020 03:30:00 PM Rating: 5

2 comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.