RESIPI ASAM PEDAS AYAM


Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak asam pedas ayam, biasalah, orang Johor, asam pedas memang tak boleh dipisahkan. Sebenarny che mat malas nak masukkan resipi ni dalam blog, tapi di IG, ada pulak yang minta dikongsikan resipi asam pedas ayam. Ada juga yang bertanya, sedap ke asam pedas ayam? Macam pelik ajer. Sebenarnya takde yang peliknya asam pedas ayam ni. Contoh macam di Pahang, ada yang masak ayam gulai tempoyak, jadi sama ajer lah dengan asam pedas ayam. Kat Melaka ada asam pedas daging atau asam pedas tetel. Resipi dan penggunaan bahan2 tak banyak beza dari asam pedas biasa. Ada orang suka masukkan sedikit ketumbar jintan, tapi pada che mat, kalau kita masukkan rempah, dah macam asam pedas Melaka. Untuk resipi kali ni, che mat masukkan sawi jeruk sebagai bahan sampingan. Yang tu optional, boleh gantikan dengan terung, bendi atau tomato. Kalau nak lagi kelainan, boleh masukkan kentang. Disebabkan ada sawi jeruk, che mat tak masukkan daun kesom, entah kenapa tekak ni rasa macam tak kena ajer sawi jeruk dengan aroma daun kesom. Tapi bunga kantan memang wajib ada, baru  lah terangkat. Bagi yang nak mencuba masak asam pedas ayam, boleh semak resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (che mat guna ayam kampung, kurang lebih 600 gram), dikerat ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ayam - optional
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 kuntum bunga kantan. dibelah 2
1 batang serai, diketuk
1/2 cawan cili kisar (boleh kurangkan)
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit belacan (sebesar hujung jari)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/4 cawan. Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan serbuk kunyit, kacau rata dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, tambah sedikit lagi minyak jika perlu. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam, jawa dan lada hitam tumbuk. Gaul sebati.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna dan kecut, kacau sekali sekala agar ayam tidak hangus. Tuang air secukupnya hingga ayam tenggelam. Masukkan pati kiub ayam (jika guna) dan masak hingga menggelegak. Sederhanakan api dan masukkan bunga kantan. masak hingga ayam 1/2 empuk.
  3. Masukkan sawi jeruk (toskan dulu air rendamannya). Masak hingga ayam empuk dan perasakan dengan garam secukupnya, masukkan secubit gula jika suka. Kacau perlahan dan masak lagi untuk 7 - 8 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas ayam dengan nasi panas, telur dadar dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!

RESIPI ASAM PEDAS AYAM RESIPI ASAM PEDAS AYAM Reviewed by Mat Gebu on 8/27/2020 08:42:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Wah kena cuba dk resepi ni. Jarang dapat asam pedas kalau ayam

    ReplyDelete
  2. sedapnya asam pedas ayam jumpa dengan nasi panas.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.