RESIPI ACAR TELUR PUYUH


Assalammualaikum, salam semua, hari ni sajalah nak masukkan satu entri dalam blog, tiba2 rasa rindu pulak nak update blog, risau juga kalau lama2 nanti terlupa link blog. Menu ringkas hari ni che mat masak acar telur puyuh. Resipi ini bukan che mat punya, tapi ia dikongsi oleh Kak Azian Hasan, seorang blogger masakan (link di sini), youtuber (link di sini), dan penulis beberapa buah buku masakan. Kak Yan juga sering muncul dikaca2 TV tidak lama dulu. Resipi2 kak yan boleh dikatakan mudah, ringkas tapi sedap terangkat. Kiranya sesuai untuk dimasak setiap masa, sama ada untuk hidangan harian atau pun hari2 istimewa. Nak tengok gambar2 masakan beliau, boleh ke IG Kak Yan di sini. Resipi asal menggunakan telur ayam, tapi che mat gantikan dengan telur puyuh dalam 25 biji (banyak mana nak guna tu terpulang lah, tapi jangan sikit sangat). Enak dimakan dengan nasi minyak atau sebarang nasi berperisa, kalau tak kuasa nak masak nasi minyak, dengan nasi putih panas2 pun dah cukup nikmat, ada pulak ayam masak merah...boleh pingsan!...Ok, jomm kita semak resipi, kalau ada masa nanti boleh lah cuba. Terima kasih che mat pada Kak Yan dan minta izin resipi Kak Yan saya kongsikan di blog saya yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji telur puyuh, direbus dan kupas kulitnya
1 camca teh serbuk kunyit
2 camca besar cili kisar
2 camca teh penuh rempah kari (che mat guna rempah kari daging)
1 camca teh ketumbar serbuk
1 camca teh jintan manis (jintan kasar) serbuk
1 camca teh jintan putih (jintan halus) serbuk
1 cawan kismis, rendam dengan sedikit air panas
7 - 8 biji bawang merah kecil, kupas dan belah 2 setiap 1
4 ulas bawang putih, kupas dan belah 2 setiap 1
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus (che mat ganti dengan 8 biji  cili padi merah)
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus (che mat ganti dengan 8 biji cili padi hijau)
2 - 3 camca besar cuka makan atau secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Rempah 4 sekawan ( 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 5 kuntum cengkih dan 2 biji buah pelaga)
1/4 cawan air (che mat tambah)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur puyuh digaul dengan serbuk kunyit hingga rata kemudian goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan dan tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar halus dan kacau rata. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak.
  2. Masukkan rempah kari, ketumbar serbuk. jintan manis serbuk dan jintan putih serbuk, kacau rata dan tambah sedikit air. Kecilkan api dan masak hingga rempah garing. Masukkan cuka dalam 3 camca besar, kacau rata.
  3. Masukkan garam dan gula (anggaran 3 camca besar), kacau rata dan masak sekejap. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih belah. Gaul rata dan boleh tambah telur puyuhgoreng, gaul rata dan biarkan acar hingga pekat.
  4. Akhir sekali masukkan kismis, cili padi merah dan hijau. gaul rata dan rasa, jika kurang masam, boleh tambah cuka lagi, begitu juga garam dan gula. Masak sekejap dan boleh matikan api. Acar wajib ada rasa masam, masin dan manis. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

RESIPI ACAR TELUR PUYUH RESIPI ACAR TELUR PUYUH Reviewed by Mat Gebu on 9/10/2020 12:19:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Wsalam hai che mat. Jengah ke cni cr resepi kurma ayam. Smpai skrg plg suke kurma ayam resepi che mat. Tk sangka pulak ade entri baru...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.