RESIPI SUP DAGING RUSA

RESIPI SUP DAGING RUSA

Assalammualaikum, salam semua. Selamat bertemu kembali setelah beberapa minggu che mat tak kemas kini blog. Sebab hari ni masa satu menu yang jarang2 dimasak, jadi apa salahnya kita jadikan ia sebagai entri dalam blog tiffinbiru. Mungkin sup sudah biasa kita dengar dan kita makan. Tapi kalau sup daging rusa, barangkali jarang orang masak. Sup daging rusa yang che mat masak hari ni atas permintaan mak che mat. Maka semalam Ahad kami ke Muar untuk membeli daging rusa dari sebuah ladang ternakan rusa. Daging rusa yang telah siap dipaket dalam bekas yang setiap satunya seberat sekilo. Harga untuk sekilo daging (dan ada juga beberapa ketulan tulang disertakan sekali),kurang lebih RM 75. Sedap ke daging rusa ni? Pada che mat, daging rusa tak banyak beza sangat dengan daging lembu, cuma daging rusa lebih halus dan warna dia agak gelap sedikit. Boleh dimasak sama seperti daging lembu atau kambing. Dan che mat suka daging rusa kalau kita masak kicap atau goreng kunyit. Yang tu in sha Allah lain kali kita masak. Hari ni che mat kongsikan resipi sup daging rusa, gaya mat gebu.....Jommm kita semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
650 gram daging rusa dan sedikit tulangnya
3 biji kentang
1 batang kecil lobak merah
1 batang saderi, dipotong kasar
2 pokok daun ketumbar
1 camca besar bawang goreng
1 batang serai, diketuk
1/4 camca teh serbuk biji pala
1 camca besar rempah sup*
4 camca besar air*(*disatukan dan bancuh hingga rata)
1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 inci halia, ditumbuk halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :-)
1 ulas bawang putih, hiris halus
4 biji bawang merah, hiris halus

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging rusa dan tulangnya dipotong pada saiz sederhana. Bergantung pada saiz daging rusa masa dibeli. Kalau saiz dia ok, tak perlu dipotong lagi. Cuci, toskan dan gaul dengan jus limau nipis dan sedikit garam kasar. Perap 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas dan belah 4 setiap 1. Lobak merah dikupas dan dipotong kiub besar2, rendam dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih tumbuk, halia tumbuk serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, guna api kecil. Masukkan bancuhan rempah sup dan masak hingga garing. Masukkan daging rusa, gaul rata dan masak hingga daging kecut dan berubah warna. Tuang air secukupnya hingga daging rusa tenggelam. Masak dengan api besar hingga menggelegak.
  3. Kecilkan api, masukkan sup bunjut, daun ketumbar yang dihiris kasar beserta akarnya sekali, serbuk buah pala, lada hitam tumbuk, secamca besar bawang goreng dan batang saderi. Gaul rata, tutup periuk dan masak hingga daging rusa empuk. Tambah air panas bila perlu.
  4. Masukkan kentang dan lobak merah, toskan air rendamannya dulu. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Ketepikan sebentar.
  5. Dalam kuali, panaskan 4 camca besar minyak masak, dan tumis hirisan bawang putih dan bawang merah hingga keperangan seperti bawang goreng. Kemudian curahkan bawang yang digoreng tadi dengan minyaknya sekali ke dalam periuk berisi sup daging rusa. Tutup periuk dan biarkan 10 minit agar aroma bawang goreng terperangkap. 
  6. Kemudian boleh diceduk ke dalam mangkuk sesuai, hias dengan hirisan daun bawang, daun sup. bawang goreng dan masa nak makan, boleh sudukan sedikit sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mi....Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam, Che Mat
    Akak suka daging rusa lagi kalau dibuat sup, dulu zaman muda sekali sekala ada makan tapi sekrang dah susah nak jumpa tambah lagi Pak Inche pulak tak makan, jadi kita pun terus dah takde nak teringin2 juga.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.