RESIPI SINGGANG AYAM ALA THAI


Assalammualaikum, salam semua. Dah siap masak ke tu? Pening jugakan fikir nak masak apa setiap hari. Macam che mat, kadang2, esok nak masak, malam ni kita dah fikir apa nak masak. Hal2 macam ni nampak satu yang tak remeh, tapi percaya kalau kita dah plan awal2 dan dalam masa sama jika Allah izinkan, plan apa kita nak masak esok har akan menjadi lebih mudah dan teratur. Siap lebih cepat dan tak memeningkan kepala. Satu lagi, buku2 masakan juga amat membantu. Jangan salah anggap, bila kita baca resipi dalam buku masakan, terpaksa ikut 100% macam dalam buku, tak juga, bagi yang dah agak mahir, tak salah kita ubah suai atau guna bahan yang ada kat rumah, tapi toksahlah pi ubah sampai 50% dari resipi asal, tu dah melampau namanya. Risau nanti rasa dia kurang sedap, dah resipi dari buku masakan tu pulak kita persalahkan, pada hal sendiri yang miang sangat oter tak beringat. Kalau che mat, resipi kek dan biskut dari buku masakan, memang jarang oter, tapi ada juga lah ubah, ikut selera kita. Semuanya bergantung pada pengalaman kita memasak dan menggunakan bahan2 mentah dalam masakan. 

 Hari ni che mat masak singgang ayam ala thai, resipi khas dari buku masakan edisi ke-3 tulisan Yatiekitchen, Instafamous merangkap duta Adabi dan juga penulis untuk 3 buah buku masakan. Resipi yang che mat cuba ni ada dalam buku masakan Yatiekitchen Edisi ke-3. Dari pengalaman che mat memasak, resipi2 dari Yatie, memang menjadi dan menepati selera kebanyakkan tekak orang kita. Macam mana che mat boleh tau dan agak? Kita tengok penggunaan bahan2 mentah dan cara serta teknik dia memasak, dari situ kita dah boleh agak, hasilnya macam mana. Macam singgang ayam ala hari ni, rasa dia cukup sedap dengan aroma herba2 dan rasa masam yang cukup menyelerakan, apa tah lagi kalau kita kurang sihat, lauk ini memang wajib dicuba. Che mat ikut 100% resipi asal Yatie, cuma tambah tomato ajer, tu pun sebab terjumpa sebiji tomato dalam peti sejuk. Kalau nak cuba meh che mat kongsikan resipinya yang dipetik dari buku Koleksi Resipi Dan Tips Masakan Yatie Kithcen (dengan izin)....Resipi2 lain boleh lah dapatkan dari buku beliau tu yea, Boleh mesej Yatie di IG dia di sini, untuk sebarang pertanyaan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, dipotong kecil, cuci dan toskan
1 camca besar minyak masak
1 biji bawang besar, hiris
5 ulas bawang putih, hiris
1 inci lengkuas, hiris
1 inci halia, hiris
1 inci kunyit, hiris (che mat tumbuk lumat)
7 biji cili padi, diketuk
3 batang serai, diketuk
2 keping asam gelugor
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
1 camca teh serbuk kunyit (optional)
1 camca teh mushroom seasoning (che mat guna secukup rasa)
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
4 tangkai daun ketumbar, kerat kasar (che mat guna 1 pokok kecil)
1 biji tomato, belah 6 (resipi asal takde, yang ni che mat tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 hiris (bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas), serai dan kunyit yang ditumbuk. Masak hingga bawang layu dan wangi. Masukkan asam gelugor dan kiub pati ayam. Kacau rata dan masak guna api sederhana
  2. Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna dan airnya kering. Tuang air hingga ayam tenggelam atau secukupnya (yang ni ikutlah nak kuah banyak mana, agak2 lah yea). Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Tambah secukup rasa dan lada hitam tumbuk. Kacau dan masak hingga ayam betul2 masak. Jika suka kuah singgang lebih kunin, boleh masukkan serbuk kunyit (che mat tak tambah dah serbuk kunyit sebab kuah singgang tu dah moleh kuning dia). 
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan daun ketumbar. Masak sekejap dan akhir sekali tambah tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi atau sedap dimakan macam saja...Sedap gilerr wakkk! Tak percaya, cuba lah!

RESIPI SINGGANG AYAM ALA THAI RESIPI SINGGANG AYAM ALA THAI Reviewed by Mat Gebu on 8/16/2020 12:18:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Menyelerakan sungguh! Juju memang suka jenis masakan singgang, tq chemat kongsi resipi.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.