BEN ASHAARI

Monday, July 11, 2011

CHICKEN LASAGNE....BUAT ANAK DARA KU..

P1290778
Salam malam semua, mungkin ini entri terakhir hari ni, hmm penat lah, semalam mat cuti sehari dari blog, dah mula rasa nak menambah sehari lagi..tak boleh jadi nih, kata orang, berblog ni kalau mula dah rasa malas...hmm habis lah, memang mula manjang jeee, tak de entri. Ok kali ni mat share satu resipi mudah untuk membuat chicken lasagne. Atas permintaan anak dara ku, mat buat lah, tapi serius, tak makan masa lama, sambil santai2 pun boleh buat, senang sangat dan rasanya pun hmmm sedap... Takkan lah nak kata tak sedap, dah aku yang membuatnya. Mat buat sikit saja, guna bekas pyrex berukuran 7 inci x 5.5 inci x 2 inci. Minta maaf sebab mat tak sempat nak ambik gambar langkah demi langkah, bukan apa, mengerjar masa tadi, takut lambat....Ok semak resipi pulak...jommm..

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam cincang (mat guna jenama Ayamas)
1 biji tomato, buang biji dan cincang halus (mat guna plum tomato)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang holland, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan nipis halia cincang halus
2 camca besar sos tomato
1/4 parutan biji buah pala
Garam secukup rasa
2 helai bay leaf
Serbuk lada hitam secukupnya

BAHAN SOS PUTIH :-)
300 ml susu segar
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/4 camca teh parutan biji buah pala
Lada hitam serbuk secukupnya
1 keping keju cheesedale (optional)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Kepingan lasagne secukupnya
Keju mozarella secukupnya, hiris nipis
1 biji tomato hiris bulat
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI AYAM :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan bay leaf. Tumis hingga layu. Masukkan rempah hari, serbuk lada hitam, sebuk buah pala, sos tomato dan tomato cincang, kacau rata dan masak hingg rempah garing dan tomatu hancur. Tambah daging ayam tadi dan masak hingga kering dan ayam masak, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK SOS PUTIH :- Masukkan tepung dalam periuk, tuang susu dan kacau dengan whisk hingga tepung larut. Masak atas api sederhana, dan kacau hingga pekat. Tambah keju cheesedale (jika guna), serbuk lada hitam dan serbuk buah pala tadi. Kacau rata, tambah garam jika perlu. Kacau sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, biar sejuk.
  3. UNTUK LASAGNE :- Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak zaitun, celur kepingan lasagne satu persatu hingga lembut, tos dan letak atas bekas yang dilenser sedikit minyak zaitun (mat guna dalam 6 keping macam tu). Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 7 inci x 5.5 inci x 2 inci dengan mentega. Sususn 2 keping lapisan lasagne, sapu 1/2 bahagian sos putih, tabur 1/2 bahagian bahan inti, lapis dengan 2 keping lasagne, tabur sedikit parutan keji dan tabur cincangan capsicum, lapis dengan 2 keping lagi lasagne, sapu baki sos putih, tabur bahan inti, susun tomato yang dihiris dan susun kepingan keju mozarella yang telah dihiris nipis. Bakar dalam oven selama 35 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan suam.....

21 comments:

mama's princess said...

cik mat... dlm terkejar2 tue, dpt jgk buat n3 utk mlm nih, ye x? bak sini lasagna tuh sepiring.. gulp.. *tgh telan air liur nih.. hehehe:)

Deliah's Deli said...

sedap ni! :)

AreMir aLiaS said...

amboi sedapnyaaa....kalo pakai microwave jadi x??hehehe...xder oven la plakk

fiq. said...

wah, xpernah makan lasagna... teringin :D

Fiza Nordin said...

baru balik dr umah along roz kat miri makan kek lapis pisang. singgah sedenak pulak nak tompang makan lasagne.... boleh ke??? hihihiii

JIJI YU said...

untuk bakal menantu takder ke.wakaka

resipe-masak-makan said...

Salam mat,i so sorry, but for your info. some thing wrong with your resepi,the result is not the lasagne taste.

ShashaCatering said...

Tahniah kerana telah berjaya buat lasagna yang sedap dan entri blog. Best & sedap ;)

Mat Gebu said...

@ resipi masak2 - terima kasih, tak perlu nak minta maaf, hakikatnya saya pun bukan pakar dalam bidang masakan, atas sebab itu saya letak bawah label "Fusion"...

H.J said...

mat..panjang jugak resipi ni..tak de versi ringkas lagi ke..?haha

Atiqah Abdullah said...

baru tau ape tu lasagne bila study kat egypt ni..ketinggalan zaman btol :D
kawan belanja.memang best!
http://atiqah-abdullah.blogspot.com/2011/05/terima-kasih-daun-keladi-sal.html

Sunah Sakura said...

ouhhhh~ i don't care la what it tasted, yang penting kita yang buat, kita yang jadikan rasa dia... rigid sangat dengan resepi pun tak cukup mencabar... urmmm...aku ni komen ape ni? errr...

Iffah Afeefah said...

JIJI mengada

sokong sunah

kalau asyik ikut resepi asl smpai bile nk takuk lama

usahawan pun asyik kuakan sesuatu y baru

pcm chill!

Sis-Lin said...

CMG klu masak...asam pedas jd kari pun sedappppppppp!

YG penting semangat cuba dan rajin ke dapo tu yg kena amik kira...
eh Sunah..*sama le....aku komen apa ek ni* :p

Ummi said...

Mat, Chef blogger macam ko mmg xda di seantero dunia ni taaauu...x pernah belajar, tp cukup class setiap kali keluar hasil, siap jamu manusia 40 - 50 orang lagik, menu 6 7 jenis...x heran pun...sume angkat 2 ibu jari kata sedap!! Siap tapau segala....hahaha, tp seseorang Chef di luar sana belum tentu buat kerja sorang2 kat dapur nak jamu 40 - 50 orang tu kan...kan...eeemmm...

resipe-masak-makan said...

Tq, che Mat for your feed back,honestly its natural when we publish something for public viewer,pro and contra mesti ada,actually takut juga nak comment,but you are profesianal Che mat.keep it up che mat.

Isteri Encek Bard said...

sedapnyer.. kene try... C

cik cek said...

Dalam tak de masa..sempat gak siap sebiji lasagna....cantik pulak tu...sedap tak yah ckp...confirm sedap punya....lehla kak cek try nanti...:)

ita said...

best nyer dah lama nak mkn lasagne ni... tapi cam senang ajer nak buat... bahan ajer yang tak tau nak cari kat mana

Niena Pengembara Ilahi said...

kalo sy buat mst rasa benda len..
hmmmmm

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Wah, nampak menyelerakan sunggguh. Mesti cuba buat sendiri ni.


Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.