LEMAK KETAM NENAS BERSERAI

P1290802
Salam semua, dah makan ke belum.. Hari ni mat masak ketam, waaaa, menyepit lah aku kejap lagi, jadi jangan datang dekat2, kena sepit kang. Sebenarnya mat memang sejak2 ni rasa macam tak berapa nak rajin memasak lah, hmm masalah gak nih. Ketam ni abah mat beli pagi tadi, dia memang suruh masak dengan nenas Sarawak yang ada sebiji. Nenas tu pun ambik kat farmville depan rumah. Sedap ketam tu isi dia penuh, harap2 tak delah mat gebu bergaru2 nanti kan. Ketam kalau masak lemak di Johor ni, kami suka juga letak nenas atau pun timun sebagai penambah perisa, ada juga yang letak belimbing buluh, macam resipi udang yang mat masak tempoh hari tu.. Ok kita semak resipi dia pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (sepit biru)
1 biji nenas sarawak, saiz sederhana
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1500 ml santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam disiang, kerat kaki2 kecilnya, buang kotoran cuci dan toskan. Masukkn ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai dan asam gelugor. Masak hingga mendidih dan ketam bertukar warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Tambah nenas, masak hingga nenas lembut sedikit, tuang pati santan, masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Post a Comment

18 Comments

  1. Menarekznye...tapi x reti nak siang & bersihkan ketam...

    ReplyDelete
  2. 1 untuk sunnah
    1 untuk ady
    1 untuk ben
    1 untuk azila
    1 untuk kak ayu
    1 untuk en zalie

    eik!!!!
    cukup ker??

    ReplyDelete
  3. tu dia, klu ada doraemon dah lama nak pinjam pintu sesuka hati sebab nak pi umah cmg

    ReplyDelete
  4. abg mat..lepas makan simpan sepit ketam yer..kita buat koleksi..

    ReplyDelete
  5. Ahad lps MIL buat sup ketam, today CMG wat lemak ketam pulak. Dua2 I x leh mkn.. Berlari air liur ni..

    ReplyDelete
  6. TERLIURNYER... MACAM SEDAP JER.. LAME X MASAK KETAM HUHUHUHUHU

    ReplyDelete
  7. papa gi digiwowwww award tak gitau jiji ekkkkk

    ReplyDelete
  8. grrrrrrrrrrrrrr lama tak makan ketam nih....buat meleleh ayaq liuq

    ReplyDelete
  9. gulpp..gullppp..(telan ayor lior je la..hehehe)

    ReplyDelete
  10. perhhhhh.....menggoda betoiii.....

    ReplyDelete
  11. cik mat nimmg saje je... org ni dah la tgh ngidam kari ketam... susah noo nak dapat.... marah tul la...

    ReplyDelete
  12. As'salam mat

    ni yang macam teringin nak masak lauk ketam niii.. tungguuuuu.. hihihi

    ReplyDelete
  13. mat aku baru je cilok resipi lemak ketam ko.. :P sodapppp.. naik lemak aku 1kg.. hehhee

    ReplyDelete
  14. cer cuba lepas ni ko letak nenas masak lemak ketam..sedapppppppppp!

    ReplyDelete
  15. kat sini musim ketam mahal.
    kak es buat lemak telur masin berserai :)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.