BEN ASHAARI

Monday, July 18, 2011

CALZONE ALA TURKI...VERSI MUDAH...

P1290943
Salam malam semua...Dah ngantuk ke?..alah malam kan masih muda, releks lahh, jalan2 dulu kat blog DTS ni, selak2 mana yang patut. Walaupun resipi ulang tayang, tapi semua bukan ulang cetak, masak tu hari dan tu hari juga kasi masuk dalam blog, kecuali kalau masa tak mengizinkan. Resipi Calzone Ala Turki ni mat pernah buat dulu kat sini...Resipi asal dari Chef Wan yang femess tu.. Tapi kali ni mat buat versi mudah, nak cepat nya. Inti dia pun guna daging ayam cincang. Untuk doh dia mat guna resipi kulit pizza gebu. Kalau resipi asal dari buku, dia guna daging kambing rasanya...sori mat gebu tak makan lah kambeng....huhu...Mat tulis resipi dia pulak, resipi ini akan menghasilkan 4 biji calzone bersaiz agak besar juga. Sebiji tu boleh dipotong dua atau tiga bahagian.....

BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Letak 1/4 bahagian inti ayam, lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap (macam dalam gambar di atas, nampak tak jari "gedabak's" tuu?). Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..

7 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

nina tau buat cekodok pisang jer.. ^^
tu pun hangit... =P
untung anak dara PCM ni.. leh belajar masak ngan papa dia :D

H.J said...

makan malam2 ni boleh ke mat..nk p buat ni..eehhe

y u y u Z u l a i k h a said...

sedap nyaaaaaaaaaaaaa!!!

Areliff said...

terliur tengok..isi dalam tambah ubi gi tu pergh..:)

Ummiakid @ lily said...

mmg terliur dan antara dalam senarai berderet yang kite nak buat....dh tebal 2 inci dah CM senarai resepi yang nak di buat....adehhh...!!!!

Isteri Encek Bard said...

ti dia comey lah klepet puff tu.. huhuhhu lama dah tak klepet karipap, tah camner lah ruper klu klepet skang nie.. mesti buruk

Rozita said...

calzone ye nama dia? hehe.. tak pernah tau... hehe.. nampak noo tak pandai masak.. selalu kalau nak beli ckp kat suami nak beli karipap besar je.. hehe...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.