BEN ASHAARI

Monday, January 12, 2009

CALZONE ALA TURKI

Calzone Ala Turki

Pertama kali mat tengok makanan di dalam majalah Jelita tahun 90-an...majalah tu pun dah arwah kena makan dek anai2....Walau bagaimana pun, mat sempat salin dalam buku nota, cuma resipi tu dah tak tentu arah rupanya, buku dia pun dah koyak rabak!!!..

Calzone Ala Turki

Apa2 pun mat cuba juga buat, dan hasil dia macam dalam gambar tu laaa...sebab mat ingat bentuk clazone ala turki ni sebiji macam karipap gergasi. Resipi dibawah menghasilkan 2 biji calzone....Jadi yang mana rasa penduduk rumah tak ramai tu, pandai2 lah yea meracik2 resipi biar hasilnya kecik sikit....

BAHAN-BAHAN DOH :-)
400 g tepung roti (high protein flour)
30 gula halus
1 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
150 ml susu segar (mat guna susu cair)
100 ml air
3/4 camca teh bread improver
3/4 camca teh bread softerner
30 g mentega

BAHAN-BAHAN ISIAN :-)
300 g daging cincang
2 biji bawang besar, didadu
1 biji cili hijau, dihiris
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*(*ditumbuk halus)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar rempah kari
2 camca besar minyak sapi
3/4 cawan air
1 keping asam gelugor
1 pokok daun sup, hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
1 biji telur*
2 camca besar susu cair*(*disatukan dan pukul hingga sebati)
Lada hitam kisar secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan tepung, gula, instant yeast, bread improver/softerner dan garam, gaul hingga rata. Satukan susu dan air dan tuang dalam tepung sambil diadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih ke dalam bekas dan tutup dengan palstik cling dan biar 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 doh ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ISIAN :- Panaskan minyak sapi hingga cair. Tumis bahan tumbuk, bawang besar dan cili hijau hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata dan masukkan daging cincang, gaul rata. Tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah sedikit garam dan gula. Masak dengan api sederhana hingga kering. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum diguna. Keluarkan asam gelugor sebelum gunakan isian....
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara dan bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai bulat lebih kurang 9 inci. Sapu tepi2nya dengan telur, isi separuh isian ke dalam doh tadi (macam dalam gambar). Lipat dua, tekan tepi2nya dan kelim seperti karipap (atau apa2 jelah asal lekat!!). Alihkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk lebihan doh. Biar kan selama 45 minit. Sapu lebihan kuning telur pada permukaan doh dan tabur lada hitam rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit. Sejukkan sebelum dipotong....

5 comments:

Ummi said...

Uiihhh tergeliat lidah akak nk nyebutnya Mat oiii..mana lah ko kutip resepi nih..Amboiihh kena makan anai2..sempat lagi menyalin..mmg tabik la kat ko ni Mat..mmg nampak sedap roti tu dgn fillingnya pulak.. :D

liwaniel said...

nampak sedap calzone ni...

Mat Gebu said...

kak ummi...
Kak..kalau nak ikut kan byk lagi resipi dalam majalah tu yg terkorban..sedeyy leerr...tak pelah kan, dah rezeki si anai2 tu...Mat 1st time buat calzone ala turki tuu..

Liwaniel...
Kalau senang2 boleh lah mencuba, isian tu kalau kita buat inti murtabak pun sesuai...

Chef Mom said...

Cik mat...mmg nmpk menyelerakan sungguh roti ni...errrmm..nyummynyaa..bilalah nk cuba ni erk...hehehe..thanks kongsi resipi yea..

Mat Gebu said...

chef mom...
Salam chef mom, terima kasih kerana sudi singgah...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.