BEN ASHAARI

Tuesday, June 14, 2011

SPAGHETTI OLIO...ALL TIME FAVOURITE..

P1290013
Salam Selasa, selamat pagi, anda semua dah sarapan?..Hmm mat bangun awal pagi ni, jam 4.30 pagi dah bangun..Rasa waktu tidur sungguh terganggu. Pagi ni mat rasa nak bersarapan spaghetti olio. Tatau kenapa tiba2 tekak terasa kelemakkan buah zaitun, capers dan juga harum bau lada hitam. Terus lah buat, amat mudah dan simple, rasanya pun asli, boleh letak apa saja. Mula2 mat nak letak daging ayam, tapi takde pulak, ganti dengan jejari ketam. Mulai hari ini, mat akan letak entri ikut kesesuain masa, kalau hari tu mat masak lebih, mat letak, mesti ada yang kata, traffic tak stabil lah macam tu, hmm tak kesah lah...malas nak ingat benda2 tu semua, ranking ke, apa ke, yang tu semua no 2 dah...yang penting nak kembalikan rasa keseronokkan berblog, tak nak dah dengar desas desus orang mengata...bosann...hmm ok lah jom semak resipi.. oh yea kalau sudi undi DTS kat sini yea...yang DIGI tu pun mat tak harap apa2, kalau ada rezeki ada lah...sekarang ni malas dah nak berharap2 sangat, apa saja ketentuan Allah kita terima sahaja, janji kita dah berusaha sebaik mungkin...

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram spaghetti yang belum direbus (mat guna jenis leper)
3 batang jejari ketam, potong dadu
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang haus
3 biji cili padi, buang biji dan cincang halus
6 tangkai sweet peas, kerat 2 setiap satu
5 biji green olive
5 biji black olive
15 biji jeruk capers
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit Italian seasoning
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket (mat suka lembut sikit). Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi hingga harum dan bawang layu. Masukkan buah zaitun hijau/hitam dan jeruk capers, kacau rata. Tambah jejari ketam. Kacau.
  3. Masukkan sweet peas dan juga pasta, gaul rata, tambah 1/4 cawan air rebusan pasta tadi, masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit garam. Bila ok, boleh matikan api. Tabur serbuk lada hitam dan Italian seasoning sebelum dihidangkan....

23 comments:

Isteri Encek Bard said...

senang dan nampak menyelerakan

Mat Gebu said...

@ IEB - yep simple dan sedap, tapi tu pada tekak cm lah, orang lain tu tak pasti....

Sunah Mohammad said...

fettucine lah, fettucineeee.... :p

Sue Aleen said...

saya apa saja berkaitan pasta/spaghetti memang on je. tambah resepi tersimple macam olio ni. selalu sangat buat walau pun tak cukup rencah dia tu.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

samalah kita mat.. akak pun tidor terganggu mlm td... pukul 3.30 terjadi terus tak boleh tidor... sedap sarapan mat pagi ni ekkk.. ada lg tak?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terjadi tu sebenarnya nak tulis TERJAGA.. hehe..

Sha HomeMade Cake n Choc said...

yummiii...nk ordre satu leh....tengah hujan2 nie perutku lapar lah pulok

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

menarik nih boleh test try masak nih..

JIJI YU said...

takleyh nak makan benda ni..rasa laen macam je

kakchik@ella said...

nmpk sedap la cik mat. kc tak penah lagi try masak spagethi putih camni. biasa masak yg bertomato tu je.

cik cek said...

Wah!...biru mata hitam kak cek makan spagethi hari ni kat rumah cik mat gebu.... :)

ukhti syikin said...

hehe.. stock pasta tak ada.. buat dengan bihun.. nice :D... ganti dengan udang segar.makan lg dengan potato salads.. memang tambah2 ler chubby :D

Kjee said...

nampak sedap, rasa pasti lebih2 lagi.

aLoY said...

feberet jugak ni.. tp slalu beli jer. kes mls nk buat. msk list jugak la.. mintak izin cnp ye CMG..

AI said...

- wahhh...cek mat buat olio lagik...

- nak nak nak...

Food&Travel Lovers said...

cik mat...

smlm sy bt nasi pilaf kurma tu...

alhamdulillah..menjadi n sedap...

cuma sy tukar minyak gee pd planta peket sbb mls nak beli minyak gee...

hr tu sy bt kurma, tp xmenjadi sgt....sedih2...

nway...sy suke sgt dgn masakan pasta cik mat ni....

CIKU said...

kita sgtla suka spaghetthi aglio olie..biasa kita makan kat wadihana islamic kitchen bangi tu..kita duk buat sendiri gak spagheti olie ni letak lala n udang n sotong n terung tp kena letak olive oil gak...sedapnya la..tak saba nak test cik mat nya aglio olie ni lak..hoho

Ida,Japan said...

Ida suka..tapi tak semua yg suka mkn dlm umah ida..so msk menda ni pun jarang2 la..mintak yg Che Mat jer la..

solomolo said...

tak pernah cuba masak spaghetti olio..
selalu tu makan je...

mamasuri said...

nyum2..

puffyfluffy cake said...

ni mmg febrett...klu saya buat kasi pedas sikit...huihhhhhs...mmg besttt...

abdullah gazali said...

saya selalu masak dengan mak saya spageti yang mcm lidi tu..sama x??
and sya selalu masak pkai sos spageti terus..senang sikit..just tambah cili giling and bahan tumisan je..haha..kadang2 letak udang n daging...heee...

MsEatHapPy said...

En Mat...mana nk dpt Italian seasoning tu?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.