P1290013
Salam Selasa, selamat pagi, anda semua dah sarapan?..Hmm mat bangun awal pagi ni, jam 4.30 pagi dah bangun..Rasa waktu tidur sungguh terganggu. Pagi ni mat rasa nak bersarapan spaghetti olio. Tatau kenapa tiba2 tekak terasa kelemakkan buah zaitun, capers dan juga harum bau lada hitam. Terus lah buat, amat mudah dan simple, rasanya pun asli, boleh letak apa saja. Mula2 mat nak letak daging ayam, tapi takde pulak, ganti dengan jejari ketam. Mulai hari ini, mat akan letak entri ikut kesesuain masa, kalau hari tu mat masak lebih, mat letak, mesti ada yang kata, traffic tak stabil lah macam tu, hmm tak kesah lah...malas nak ingat benda2 tu semua, ranking ke, apa ke, yang tu semua no 2 dah...yang penting nak kembalikan rasa keseronokkan berblog, tak nak dah dengar desas desus orang mengata...bosann...hmm ok lah jom semak resipi.. oh yea kalau sudi undi DTS kat sini yea...yang DIGI tu pun mat tak harap apa2, kalau ada rezeki ada lah...sekarang ni malas dah nak berharap2 sangat, apa saja ketentuan Allah kita terima sahaja, janji kita dah berusaha sebaik mungkin...

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram spaghetti yang belum direbus (mat guna jenis leper)
3 batang jejari ketam, potong dadu
1 biji bawang holland saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang haus
3 biji cili padi, buang biji dan cincang halus
6 tangkai sweet peas, kerat 2 setiap satu
5 biji green olive
5 biji black olive
15 biji jeruk capers
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit Italian seasoning
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada paket (mat suka lembut sikit). Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan cili padi hingga harum dan bawang layu. Masukkan buah zaitun hijau/hitam dan jeruk capers, kacau rata. Tambah jejari ketam. Kacau.
  3. Masukkan sweet peas dan juga pasta, gaul rata, tambah 1/4 cawan air rebusan pasta tadi, masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit garam. Bila ok, boleh matikan api. Tabur serbuk lada hitam dan Italian seasoning sebelum dihidangkan....