BEN ASHAARI

Tuesday, May 17, 2011

NASI JAGUNG SERAI..

P1280293
Salam semua, dah petang saja kan. Ok nak share satu resipi nasi pulak, ala yang biasa2..Mat gebu kan ada kala pelik orangnya. Tapi mat masak dalam 3 cawan beras basmathi (tapi mat tulis dalam resipi 4 cawan) yang telah mat rendam 40 minit. Mat guna jagung berkaleng dalam tin, air nya mat campur dalam dalam nasi. Nasi ni sedap dan ada rasa sedikit manis, sebab air jagung tu sendiri sudah manis. Sebab mat cuma ada ayam saja, jadi mat masak lah sambal..alah sambal2 biasa jee..eh ngam pulak dengan nasi tu. Kali ni rojak2 dan acar mat tak buat..tak sempat, ni update pun curi2 masa terluang, mata dah lah mengantuk gila, sebab semalam tak tidur sampai pagi..huhu..Jom mengundi DTS kat sini..kalau sudi...terima kasihh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 4o minit, toskan
1 cawan air dari jagung dalam tin*
1 cawan susu cair*
4 cawan air*(*disatukan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan jagung berkaleng dalam tin yang telah ditoskan airnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
1 biji bawang besar dadu*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
7 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis )
1 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak jagung (atau minyak masak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Masukkan beras dan gaul rata. Goreng sekejap. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam rice cooker.
  2. Masukkan jagung, daun pandan, air + susu + jus jagung dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan masak nasi hingga betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick.
  3. Cedok dalam bekas sesuai, tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Makan bersama sambal ayam, boleh juga dihidangkan bersama rojak nenas...Selamat mencuba..

11 comments:

lizz said...
This comment has been removed by the author.
(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

wah teringin puak rasa nak makan nasi jagung ni...jgn tergigit kayu manis n bg lwg sudah...

Sunah Mohammad said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa...pcmmmmmmmm!!!!! sedapnyeeeeeeeeeeee!!! delivery adoooo? hahhaa~

yatie Awang said...

wahhh...makan ngan ayam masak tomato, sedapnyeeee......

OKED chokelat said...

nampak sedap..bule try....yamyam

pRotege oN tHe R0ad said...

mula-mula teng0k igatkan nasi goreng...macam sedap je...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedap ...manis dan lembut.nak sikit!

Lily said...

waaaaaaaaaaaaaa kegemaran saya. Thank u thank u share resepi ;)

cik cek said...

WoW!....Cantiknya nasi jagung Mat ni...molek je hasil kejadiannya...leh jugak cuba nanti...hari ni tgk2 dulu la ya...:)

Zullism said...

i like heheh

nazri marie said...

hee..sory nyibuk..
klu dh 4 cwn beras tu taruk je 1 tin jagung tu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.