SANDWICH KAYA RAYA..

P1280288
Salam semua, selamat berjumpa kembali..lewat sikit masuk entri sarapan sebab mat menonton siri Dapur Nyonya tadi. Ok ni cuma nak share sarapan ringkas pagi tadi tapi memang kaya raya lah senang cakap. Tak bagi resipi pun takpe, tapi dah wajib lah ada entri masak2, ada gambar lawaa (kononnnn lahhhh.....) mesti ada resipi dia..kann. Buat dia senang, tapi pada mat ia satu sarapan yang lengkap, ada protein, fiber, vitamin A, dan pelbagai lagi lah. Apa2 pun anda semua jangan lupa undi DTS di sini....terima kasihh yeaa....Ok jom tengok resipi pulak, yang ini untuk seorang makan..

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 keping roti sandwich berserat tinggi (ada sekam)
1 biji telur
1 keping chicken meat loaf
4 keping hirisan tomato
4 keping hirisan timun
4 keping hirisan nipis bawang
2 helai daun salad (mat guna butterhead)
Sos kegemaran (mat guna thousand island)
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau dengan menggunakan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung. Kemudian salai sekejap chicken mat loaf dalam non-stick pan yang disapu sedikit minyak, salai pada kedua2 bahagian meat loaf tadi. Ketepikan.
  2. Ambil sekeping roti, susun salad, kemudian chicken meat loaf, tomatao, bawang, timun, hirisan bawang, telur dan akhir sekali paipkan sos kegemaran.
  3. Tabur dengan sedikit serbuk lada hitam. Letak baki roti, tekan sedikit, kerat 2 dan boleh hidangkan...kopi atau teh jangan lupa....

Post a Comment

15 Comments

  1. mak aihhhh...kompem kenyang sampai ptg nih^^

    ReplyDelete
  2. membumbun ...tgk pun dah kenyang CMG :)

    ReplyDelete
  3. enak dimakan begitu sajaaaaa....yam3

    ReplyDelete
  4. amboi sedapnye CMG...eheh perasan x no sebelah tuh 8008...cantik naa!

    ReplyDelete
  5. bila blogger masak memasak, nama rujukan mesti cmg. sy simpan dlm bloglist...tp br sekrg cuba beranikan diri nk masuk tgok. bukan nk berlagak sombong...nanti bila da tertarik jiwa meronta nak cuba...aaaarghhhh......saya suka makan...

    ReplyDelete
  6. As'salam Mat.. memang kaya lah sape yang makan ni Mat.. hihi. penuh, padat kat roti tu kalau makan sampai petang tak jamah nasi lah gaya nya tuuuu :D

    ReplyDelete
  7. untuk breakfast ni, sedap berkhasiat

    ReplyDelete
  8. perghhhhhhhhhh nama sandwich tu sendiri dah menggambarkan kelazatannya!!! :D

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

    ReplyDelete
  9. mat gebu, ko jadi tukang masak aku la, mesti ari2 aku makan sedap,hehehe

    ReplyDelete
  10. CMG buat sandwich pun jadi ikutan. Nampak gambar pun menyelerakan...

    ReplyDelete
  11. ohmgeeeeeeeee. teliur sudeyh.. huu

    ReplyDelete
  12. Assallammualaikum..
    CMG..kalau tak salai chicken loaf tu leh tak?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.