BEN ASHAARI

Monday, May 9, 2011

IKAN PARI SAMBAL BELACAN.

P1280116
Salam petang semua, nak share satu resipi mudah dan sedap dimakan bersama nasi panas, lagi lah kalau tekak tak berapa nak sedap. Mat guna ikan pari masin, yang direndam terlebih dahulu. Selok2nya 3-4 jam dan kemudian cuci dan goreng embal2. Dimasak bersama sambal. Letak 1 helai daun limau purut bagi mendapat aroma yang wangi dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi...hmm..sedap. Waaa...tadi kan mat masuk blog sorang blogger muda ni, ada kesah menarik..nak tau kesah apa...try klik sini tengok...budak2 muda nikan, ada jee lawak dia orang. Lepas dah terlanjur tu kan, terus ke sini pulak..vote DTS-MAT GEBU..okehh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ikan masin pari secukupnya, kerat kecik dan rendam 3-4 jam
6 biji cili merah*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus)
1 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan masin tadi ditoskan, lap kering dengan paper towel dan goreng embal2, yaitu tidak terlalu garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan, daun limau purut, gula dan sedikit garam. Kemudian masukkan ikan pari tadi, gau rata dan masuk jus limau kasturi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Link

11 comments:

bersama kak Es said...

first time kak Es dengar ikan pari masin.
Harus mencuba :)

mesti undi utk Chef kesayangan keluarga Kak Es ni

Shiela Latif said...

tak pernah terfikir lak nak masak ikan pari macam ni...kalau tak bakar pastu masak lemak...mesti dia jadik asam pedas jek...sedap nieh :)

Sis-Lin said...

uiiii ikan pari masak sambal belacan??? pelik pelikkkkkk

Mas said...

wowww....pengsan dibuatnya....
memang kene makan ikan pari sambal belacan ngan fucuk masak lemak putih tu..

Lady Rina said...

tk sabar nk balik hujung mggu ni..nk cuba new recipe..

zacky ~786~ said...

waaa ada ekk pari sambal belacan.. uhuhu

Bayu Kenangan said...

lawan dengan fucuk lemak putih pun sedap juge

yatie Awang said...

sedapnya...., tp boleh tukar ikan lainkan, tak mknlah pari

mas saari said...

menyelerakan... tapi tak makan ikan parilah!

Ummi said...

Ngenceeessss!!!! Mat, lepas makan ikan ni, tumbuh ekor pari x? Ke tumbuh ekor belangkas...hahaha

Zulfikar Hazri said...

cik mat. meh datang umah aku, duk sini seminggu meh... geram betul aku tengok ikan pari nih....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.