BEN ASHAARI

Sunday, May 8, 2011

BUN GULA MERAH..

P1280080
Salam semua, wahh lama juga tak meroti..ni mat buat semalam, tapi hari ni baru sempat masukkan N3, tak pelah kan, pepagi ni sesuai lah n3 roti. Mat dapat resipi dari blog geng masak2 mat yang kami panggil Ros Jintanmanis. Tertarik bila mat tengok bun gula merah ni, nampak lembutt dan gebu gitu. Mat pun lama juga rasanya tak meroti. Bukan tak nak buat, tau tak bahan2 nak buat roti dah 3 - 4 kali keluar masuk pantry. huhu, punya lah tak de mood nak membuat, walhal bukan aku yang menguli, bibik melayu yang buat... tu lah kan, benda2 ni pun ikut mood juga....

P1280082
Mat buat 1/2 dari resipi asal dan dapat lah dalam 9 biji bun 50-+ gram setiap satu masa belum dibakar. Rasa dia sedap, manis2 buah dan lembut, kalau resipi asal gula water roux tapi mat guna bread softerner dan bread improver jee, cuma cecair dan yeast dia mat lebih kan sikit. Mat tabut gula perang jenis kasar atas dia sebagai ganti coklat rice yang ros gunakan dalam resipi dia.. Ok jom semak resipi dia...Terima kasih pada Ros, resipi asal di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
275 gram tepung roti (hi-protein flour)*
50 ml air gula merah*
80 ml air suam*
1 camca teh penuh instant yeast*
1 1/2 camca besar gula halus*
1 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner*
30 gram telur (pecah kan 1 biji telur, kacau sedikit dan timbang)*
1 camca besar mentega
Baki telur + 1 camca besar susu sejat + sedikit madu + 1/2 camca teh esen vanilla = kacau sebatu untuk sapuan atas roti.
Gula perang kasar untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Untuk air gula merah, masak 30 gram gula merah@gula melaka dengan 100 ml air dan 1 helai daun pandan hingga gula larut, sejukkan, tapis dan sukat 50 ml. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dalam satu bekas dan uli hingga sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Bulat2kan doh, dan perap 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dan mentega ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagi kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda.
  4. Sapu bancuhan telur dan tabur gula kasar, bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan. Kalau tak habis, simpan dalam bungkusan plastik atau bekas bertutup untuk mengelakkan roti jadi keras..

3 comments:

yatie Awang said...

memang gebu...heheh

mas saari said...

gebunya...

dapur aku, dapur bujang said...

salam mat...
i ambik picture bun nih utk tunjuk kat anak2 murid 'bun'. maklum dok kaw pedalaman/luar bandar, murid tak kenal 'bun'. i nk guna utk english class esok. thanks mat, minta halalkan gambar tu ye..tp i mmg tak buang watermark tu.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.