BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 5 biji telur (mat guna 4 biji)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang leeh, hiris dan rendam
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/2 inci halia muda, hiris
1 camca besar taucho
Sedikit jus asam jawa
1/2 camca teh gula pasir
Garam, jika perlu
1/2 cawan air panas
CARA MEMBUATNYA :-)
- Telur digoreng mata lembu, tapi jangan sampai merahnya keras (kalau nak keras pun boleh, ikut suka hati memasing). Buat hingga siap, dan susun dalam bekas sesuai, ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingg harum, masukkan taucho dan tumis hingga harum, guna api kecil. Tambah air panas jika kelihatan kering. Tuang jus asam jawa dan masukkan leek (toskan). Biar masak sekejap.
- Masukkan gula dan biar mandidih, rasa, jika perlu tambah garam sedikit, berhati2 kerana taucho sedia kala masin. Bila ok curah atas telur tadi, hidangkan segera....
4 Comments
sedapnya !!
ReplyDeleteayah kite pon selalu jugak masak taucu ni :)
sedap!!
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteMaaflaah... saya tak pandai masak. Leek tu aper ya? Tolong terjemahkan. Nampak sedap tolur masak tauchu nih.
@ J - pakcik mat baru pestima masak mcm ni..sedap juga kan..
ReplyDelete@ mas - betul sedap, makan dengan nasi panas..
@ mamawana - leek tu kan sejenia batang bawang saiz besar..try search kat google pic..