Untuk resipi ni mat guna 2 keping roti prata dan 1 biji telur untuk setiap satu. Teknik dia sama macam roti tampal. Cuma kita gulung dia seperti swissroll. Boleh dimakan bersama sos cili atau kuah dalca. Sesuai juga untuk sarapan pagi atau minum petang. Hmm, n3 ni kalau ikut kan resipi dia mudah, cuma cerita saja lebih...tak kesah lah kan, janji ada sedikit idea untuk anda...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu (mat guna bawang holland)
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
Sos kegemaran untuk dicicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan a[i sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.
- Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...



11 comments:
yummy!!!..dalam roti ni mmg kosong ke???
Bila tgk nie teringat zaman Bdk Botak keja Pizza Hut, bentuk nie mengingatkan pada MAsala Spinroll dan juga Thai Tuna Roll... He3...
Entry terbaru Kondom - 12 Cenderahati Pelik Sempena Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton... (",)
sedap dan menggemukkan,hehe
hmm..breakfast yang sedap
semoga cepat sembuh CMG!
Assalamulaikum Mat
baru semalam dok belek2 resipi mat, tapi kuih dadar gulung kot kalau tak silap pandang.. hihihi.
banyak betul idea Mat ni, seru sikit kat kak ct.. hehehe
Cantik ler prata gulung tu sodapp nih...
tq =) dpt idea utk bekfes.. dh siap mkn dh. br hnr komen. hihi..
ps: simple dan sedap!
Idea yang ringkas dan senang untuk buat.
Untuk breakfast sesuai la ni.
Tq Cik Mat ;)
letak ais kat kepala cik mat ...utk berhentikan pendarahan hidung tu...insyaallah
Perghhhh nmpk sedap sgt! nnti nk cuba jgklah... tq Cik Mat sbb byk kongsi resepi yg best2...
Post a Comment