BEN ASHAARI

Tuesday, April 26, 2011

GULAI SIPUT SEDUT....LAGI IPOH MALI PUNYA!!..

P1270815
Assalammualaikum, salam petang semua. Dah makan tengah hari?. Mat hari ni masak siput sedut, Ipoh mali woooo..manyak jauh..kann..Masa pi tu hari rembat lah sekilo. Tau tak, siput sedut ni masak dia senang, cuma penyediaannya agak leceh. Selalunya kan siput dan batang keladi tu bonda yang uruskan, mat masak saja, tapi ni hari sebab bonda tak de, kenalah mat buat semua, huhu..tak pelah tu pasal tak dan nak up n3 awal2. Kalau di Johor gulai siput sedut ni selalunya masak dengan batang keladi. Kalau ditumis pedas pun sedap, tapi permintaan dari bigboss suruh masak lemak, mat buat jee lahh....pstt bak kata Ben Ashaari, sambal belacan jangan lupa pulak...Ok kali nie kita jalan2 ke blog sorang blogger muda, kat sini...sudi2kan lah singgah

Link
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut @ belitung
2 pokok keladi minyak
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Siput sedut @ belitung, dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya, anggaran 3 ruas. Buat hingga siap, cuci kembali dan toskan, masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus dan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam serta serai, gaul rata dan masak hingga mendidih, matikan api dan ketepikan.
  2. Sementara itu batang keladi dikerat dan dibuang lapisan luar, rendam. Keladi dikupas dan potong baji, rendam. Rebus keladi dalam air mendidih yang telah diletak 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga 3/4 empuk. Masukkan batang keladi dan celur sekejap hingga lembut. Toskan.
  3. Dalam periuk berisi siput tadi, tuang santan cair, didihkan dan masuk batang/isi keladi. Kacau perlahan, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa, daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..

24 comments:

azwanita_azhar said...

sedapnya..bak sikit PCM..

cik Ida said...

peh! my peberet tu..
weekend nak masak la..
ley ambik resepi kat sini kan PMG?? ^_6

cik cek said...

Salam CMG...

Fav. kak cek ni...cuma nak masaknya kurang rajin sikit...he he tang nak potong belakang siput tu la...memang lama dah kak cek tak masak menu ni...makan suka sgt...he he..

Lina said...

salam...

bestnyer siput sedut masak lemak...tak penah try masak ni slalunya dah ada org len masak @pun beli/makan kat kedai jer

mary ann ;) said...

dah lama tak makan siput sedut....sedapnya! ;)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mat.. akak nak tanya ni... selalunya mat kerat siput tu macamana? akak memang tak pernah masak siput sedut ni tau... makan sukaaaa.. tp disuruh masak memang akak tak reti..

gadisBunga said...

ada sebungkus siput sedut kat rumah tuh. cadangnya nak mintak mak masak tempoyak. tapi GB makan kuah je lah sebab tak reti makan siput. huhu~

CT Delima said...

A'salam Mat :D

Hari minggu lepas kak ct ingat nak sambar gak siput sedut tu kat pasar tani sebungkus Mat. Tapi bila tak ada sape nak tolong ketuk muncung dia tu malas lak nak beli... hihihi.

Kalau teringin nak makan kak ct beli jer, CM dgn anak2 mana reti makan siput sedut ni... ada kang sedut2 tak keluar2 isi dia.. hahahaha

Liza @ Adzriel AB said...

sedap dgn keladi tu..

Ummi said...

Mat, ko sedut isi siput ni ok tak? Mesti terus jek masuk ke perut...xda lindung pagar2 kan...hahahahaha

Sunah Mohammad said...

patutlah senyap aje..

Srikandi Bonda said...

nyummy... membuka selera utk petang ini. hehe.. =)

!✿❤Cik Izan❤✿! said...

dia dah mai dah....patutlah senyap jer...duk mengetuk kulit siput rupanya...

Rozita said...

sedap sangat....

nak bagi tips kerat belakang siput ye? amat senang meh singgah sini...

http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2011/04/tips-siang-siput.html

ninazsyafinaz said...

Waduh...nampak enak banget..lama sungguh tak makan siput sedut nih..selalu tempat pegi makan tuh..kecik2 je siput nyer..whoaa yg ini..besar2..sekali dua kali sedut puas makan siput..ader lagi tak Abg Mat?? ( Adegan muka seposen..nak ngendeng semangkok)

zuwaidah said...

nampak sedapnyaaaaa....tapi kak zu tak makan siput sedut...tak pandai sedut hehehehehehe

Nailah Azman said...

Dah lama tak makan siput seduttttt!!! Huhuhu. =_=

Nailah Azman said...

Dah lama tak makan siput seduttttt!!! Huhuhu. =_=

Double N said...

sedapnya!! saya suka siput sedut masak lemak cili api..tapi saya tak pndai makan..sedut2..tak kuar..bunyik je lebih.. hahahaah

Contest | Treasure Hunt Online Season 3 Kembali!! Hadiah Utama Macbook Pro Menanti!

akuanakpahang said...

Salam CMG, kita kat Pahang nie siput sedut sungai kaler dia hitam sikit mmg best.. CMG guna siput sedut laut ker nie?
New Entry "Orang minyak di Batu Pahat!"

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

xpernah makan..
alahai terliurnyaa..
kalo masak sendiri dah tao sure xsedap!!
sbb air tangan xmanis kot..
hehehe
(padahal malas!!)


☆┌─┐ ─┐☆
☆│▒│ /▒/
☆│▒│/▒/
☆│▒ /▒/─┬─┐... HYE!! HYE!!
☆│▒│▒|▒│▒│ ..PEACE....
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
❤salam singgah dari mummyweiyda❤
❤eppy blogging ya!!❤

Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

jiwalara said...

salam..
saya dari ipoh...tak beli ke ikan rebus...kat ipoh ni terkenal gak nasi goreng ikan rebus..

NadiRah said...

oh tidak!!!!
CMG promote itik!!!!
nanges!!!! merembes air idong!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh ada lak batang keladi.mmg ngam

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.