BEN ASHAARI

Sunday, March 13, 2011

UDANG GORENG BAWANG PUTIH..

P1260211
Pengasan..pengsann..permintaan..permintaann...oh udangg, aku memang tak rela dah dengan udang sekarang ni...merenyamm kangg...gatal..tapi kan dalam2 nak pengsan tu, rembat gak 3 ekor, tapi alhamdulillah tak gatal lagi nihh...tatau lah kan malam sikit..minta2 ok lahh. Ni resipi paling mudah nak buat, cuma udang goreng kunyit jee, lepas tu ada cincangan bawang putih yang digoreng garing...waa kan dah, aku kalau menulis je mula sangap2, tu yang typo tak hengat. Resipi ni semua orang boleh buat..senangg banget dehhh...sekelip mata jee dah siap, tapi yang wajib mesti ada udang lahhh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
Sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih, dadu kecil2
1/2 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat janggut, muncung dan kaki2 kecil, buang kotoran di kepala udang tadi, cuci dan toskan, lap kering2 dengan paper towel. Kemudian, lumur dengan serbuk kunyit, garam secukup rasa, serbuk lada sulah, secubit gula dan cincangan bawang putih. Gaul rata dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan mentega dan bila mentega cair, masukkan udang, juga bawang putih cincang. Goreng hingga udang kemerehan dan bawang putih menjadi garing.
  3. Angkat udang tadi dan toskan atas paper towel bersih, begitu juga dengan bawang putih garing tadi. Susun udang dalam pinggan dan tabur bawang putih atasnyaa...Hidangkan segera...kalau gatal jangan cari mat gebu okey!...

6 comments:

AdyBudika said...

nak nak nak..tolong kopekkan kulit die mat..kalau tak kopek aku memang makan hentam dengan kulit jer...

IEZA said...

Emmm.bestnya..cicah gan sos mesti best..

siti asmani abdullah said...

My feveret ni.....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mengancam udang tu posing..aduhhh penggoda tekak sungguh

Alexandriana Alia said...

udang goreng mmg sedap.

Such a Mess said...

nampak sungguh lazat la mat gebu! cam syook! haha!! giler fav ! haha!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.