AYAM ROS PANDAN...

P1260207
Salam petang semuaaa...mat gebu mana boleh cuti masak..aku ni susah lahhh, nak tidur pun tak boleh lelap kan mat kata dulu aku pantang tidur siang, jadi tak biasa. Semalam majlis berjalan dengan lancar. Ada baki2 ayam tu mat mulakan satu operasi mengoter resipi, hmm kalau bosan kan mula lah mencuba apa yang patut. Nasi semalam pun masih berbaki, cukup lah untuk kami santap tengah hari tadi. Ayam tu mat masak ala2 ayam ros tapi aku lepan daun pandan dalam dia, kasi wangi semerbak. Rasa mat kan ianya sesuai makan denga semua jenis nasi, dari nasi ayam hingga ke nasi putih terus ke nasi lemak, sesuaiii...Ayam ni mat masak dalam 7-8 ketul macam tu yang telah siap digoreng terlebih dahulu...Ok jom semak resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Post a Comment

11 Comments

  1. ampun,nampak sedap sangat ayam ni. meleleh..

    ReplyDelete
  2. kalau la ada leher.....aduh.....terujanya

    ReplyDelete
  3. alaa jumpa blog masak memasak pulak..mmg suka sngt...
    nih nak try juga nie..

    ReplyDelete
  4. salam Mat,

    waduhh!...nampak sedap sgt ayam ros tu. dahlah tgh lapar ni...hehe. Nanti bolehlah try. tq for sharing. Have a nice day!

    ReplyDelete
  5. Assalam nape resepi ada nama ROS ingatkan letak setitik dua inci ros dlm resepi tu rupanya x... tapi konfem resepi ni sedapkan !!

    ReplyDelete
  6. sedapnya ayam nie pak cik gebu...pak cik gebu kalau masak apa2 pon mesti nampak sedap...huhuhu

    ReplyDelete
  7. sedapnya ayam nie pak cik gebu...pak cik gebu kalau masak apa2 pon mesti nampak sedap...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Nmpk menyelerakan sungguh ayam tu.. arini akak masak kari ayam lengkuas resepi Mat,tapi tak n3 lagi...dah keluar ayam ros pandan plk...kat esbok tu ada stok ayam 4 ekor...siaplah pasni cari menu ayam lagi kat sini..tq Mat resepi yg mudah dan best..anak2 akak pun dah tau, ni mesti resepi uncle Mat Gebu....

    ReplyDelete
  9. mat gebu,jom join my bloglist.
    sama2 meriahkan bloglist ash..
    i'm newbie lagi..
    bru 4 hari buat log ^_^
    hohoo

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.