BEN ASHAARI

Tuesday, February 8, 2011

CURRY PUFF....ala....KARIPAP

P1250440
Selamat malam semua, buat apa tu...apa gosip artis!!..ambooihh, tak sudah2..hmm artis mana tu?..Hmm, tiba2 plak mat gebu tanya...Panas koo badan aku ni hari, jangan demam sudah lahh, adoi macam baby pulak, sikit2 demam..tapi mat kalau demam pun setakat ni alhamdulillah, steady lagi walaupun rupa tak yah kata lahh, seropa kueh seri muka tak jadi...erkk, Petang tadi saja2 lah buat sesuatu, selain untuk minum petang, mat nak bagi kat anak buah aku yang anak yatim tu, kesian pulak tengok depa. Sebenarnya kan idea curry puff ala karipap ni mat dapat dari dapur kak ummi kuantan, di sini..

P1250445
Tapi aku macam biasa lah, sah2 derhaka punya, dah nama mat gebu kan, kalau tak derhaka resipi mana bolehh, tapi bukan lah jadi kan resipi tu tak senonoh, cuma ikut gaya dan style mat gebu sendiri. Anda yang nak cuba pun mat galak kan guna daya imaginasi dan kreativiti sendiri jika boleh. Bukan apa, dengan cara itu kita akan menghasilkan satu yang baru, tapi ada juga syaratnya, sekurang2nya tulis lah sumber dari mana anda dapat, mat pun kalau buat guna resipi orang, akan mat buat back link, dengan cara itu kita lebih dihormati walau pun menderhaka tapi dari segi kesedaran diri masih terpelihara...macam tak caya guaa tulis nih, rasa macam tak normal jee...haha..Ok lah jom skodeng resipi senang sangat ni, tapi anda mesti pandai kelim karipap eks kalau nak buat....

BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana
1 keping daging burger Ayam jenama "Ramly" (atau daging kisar)
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia muda, cincang halus
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna babas)
1 tangkai daun kari
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
1 paket puff pastry jenama KAWAN (1 paket ada 10 keping saiz 4 inci x 4 inci)
1 biji telur, dikacau sedikit, untuk disapu
Serbuk lada hitam secukupnya
Bijan secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Kentang dikupas, cuci dan dadu kecil, rebus hingga empuk, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah rempah kari, kacau dan tuang air, masukkan daging burger ayam (hancurkan terlebih dahulu), kacau rata dan masukkan kentang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan sejukkan
  2. UNTUK CURRY PUFF ala KARIPAP :- Ambil sekeping puff pastry, biar puff pastry tu sejuk sedikit, jangan biar lama sangat kat luar nanti susah nak membentuk. Kemudian tabur sedikit tepung dan canai sedikit biar nipis. Buat kan bentuk 3 segi seperti dalam gambar. Letakkan 1 camca besar penuh inti dan letak tengah2nya. Cantumkan dan cantum kan.
  3. Kemudian anda kelim seperti membuat karipap biasa, hingga siap. Buat kaedah yang sama untuk baki pastry. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur, tabur sedikit serbuk lada hitam dan bijan.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Kalau oven anda memiliki "hot fan" boleh on kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

18 comments:

AdyBudika said...

menanges T_T

Ummi said...

Maaaaaaaaaaaaaattt...lawa2 ko klim...tp lepas bakar...habis x nampak dah kan..tu la akak kata..ko mmg rajin la Mat oiii...derhaka pun derhaka la...ikut suka ko la nk pusing kot mana...jgn ko x lalu makan sudah..haha, thanks sudi derhakakan resepi tu..haha

y u y u Z u l a i k h a said...

teringat mase awal awal buat curry puff. abah kata tak sedap langsong T_T

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cik mat..

adeh...sedapnya sure layan dengan kopi o panas2......

peeh...

cik gadis said...

phew,cntek,tertarik n menawan lah curry puff lu..ni kalo buat jual sure laku laju2..gua nk jd anak murid lu lah cmni..hakhak! :P

Melati said...

wahaaaaaa daaapnyaaa!!!
cawan kopi tu klasik mcm kat umah opah saya =))

Takpelah kan kalau dia taknak…

Mana pasangan kita?

miszlullaby said...

salam cik mat...lame tak menjenguk.Sedapnye curry puff ni.Terngiang-ngiang bau nye sampai buat perut ML berbunyi2 dah ni ha...hhihi=)

Mat Gebu said...

@ ady - haha, aku pun nanges sama..sebab macam nak melantak lagi, dah habis 2 ketul dahh..huhu

@ kak ummi - hahaha, kelim kan main, biasa nak interprem ambik kelim yang paling lawa, lepas bakar, kelim semua hilang dah, dia jadi tegang semacam..

@ yuyu - tak pee...sekarang dah jasi sedap kannn...

@ CR - betul, masa tuli ni tgh layan kopi dengan karipap tu.waaa habis lagi 1, masuk semalam 3 biji aku makan, hadoii buruk lahh..

@ cik gadis - hahah, alah hai biasa2 jee, tgn jantan yang buat, hasil pun nampak kasar semacam.

@ melati - erkk, ye ke waa, ada byk tak cawan tu kat rumah opah melati?...

@ miszz - salam juga, terima kasih sudi bertandang..apa khabar orang Moscow, sehat ke?..

Sari Yusa Ibrahim said...

Cik Mat ni memang selalu memberi idea kat saya macam mana nak menghabiskan kulit pastri puff yang dah beku bertahun tu... hihi

Yatie said...

Assalamualaikum Mat,
Pagi2 tngk curry puff ni terus lapor...ada lagi ke tu...cuci mata jelah akak ni...nak, kena wat sendrik...huhuhuhu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

serius mesti sedap ni... savoury food gini kegemaran suami akak ni.... yummy!

ozzyorange9768 said...

cik mat, bole tak tunjuk cemana nk klim lawar2 tuh..cantekk je nengok

Sunah Mohammad said...

first time nengok karipap cenggini! menarik dan nampak sedap!

ibuaries said...

wahhh nampak senang je plak nak buat curry puff guna pastry segera ni ye. bleh la cuba plak nanti.

Drunbella Khoo said...

wow best.
:)
nak try buat laa nanti.
nyummy.

Deeyana said...

cik mat...tgh confuse. mmg dah ada yg segiempat ke puff jenama kawan tu? hari tu cari2 gak...belum jumpa lagi. boleh tempek gambar sekali dgn packing tak? tq..

AS said...

assalamualaikum,cik mat cantik betul la kelim karipap cik mat ni ....pro betul ya...

insheerah said...

cantiknya kelip karipap......cantik3!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.