SOSEJ BELACAN CILI HIJAU..

P1250426
Apa eks nak masak....nanti ada yang jawab..masak jee lah apa2 yang ada...dah siap masak, ada pulak yang komen...erkk masak apa nihh (dengan wajah ala2 tak siap)...hadoii yang komen tu orang yang sama suruh masak "apa2 yang ada'..tak ke rasa nak pengsan. Ada lagi satu jawapan..bila tanya, ni hari nak masak apa yea....Koo masak sukati jee lahh....hmmm 25 + 10 tahun umur aku, tak pernah dengau nama masakan nama sukati..pening2...Itu antara soalan dan jawapan yang tak seiring. Ada masa kelako pulak kalau ingat2. Hari ni kan mat gebu masak betul2 sempoi gila..yelah ni kira habis fusion aku buat, sosej belacan cili hijau....ko ada brani nak derhaka macam aku?....Cuak kan nak terai..tak pe lepas ni cuba ok...kalau sedap koo sebut nama mat gebu, kalau tak sedap koo sebut lah nama kucing ke cemong ke apa2 jee lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej ayamas, potong sederhana tebal
5 biji cili hijau, hiris
6 kuntum cendawan butang, hiris (optional)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci belacan, larut kan dalam 1/4 cawan air
1 camca besar jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumi bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cendawan hingga layu. Masukkan sosej dan gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang belacan dan jus asam jawa tadi, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula (nak pakai serbuk perasa pun ok), masak dengan api kecil hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2 bersama nasi putih...

SOSEJ BELACAN CILI HIJAU.. SOSEJ BELACAN CILI HIJAU.. Reviewed by Mat Gebu on 2/08/2011 03:30:00 PM Rating: 5

18 comments:

  1. nak kene try ni...macam menarik...blom penah dgr n buat..

    ganti dgn cili burung ok gak kan..??

    ReplyDelete
  2. ADER JER IDEA MAT NAK MASAK YERK.. SOSEJ PUN BLEH MASAK BELACAN... SUKER :)

    ReplyDelete
  3. tukar sosej dengan lobak masin pon sedarp..hmm..yummy!

    ReplyDelete
  4. wow! senangnyer..boleh try, tambah2 plak hubby memang suke makan sosej, mekaceh Mat Gebu!

    ReplyDelete
  5. sedap nie klu tambahkan cili api kampong..huhuhuh..layan...

    ReplyDelete
  6. senang. sedap pulak tu nampak.. kena cuba nanti ni. :)

    ReplyDelete
  7. waaa..simple gile..nnti nk try lah.hehe

    ReplyDelete
  8. Salam, minta semangkuk utk makan malam nie :)
    Jom Singgah "Ke Blog akuanakpahang :) "

    ReplyDelete
  9. macam sedap je.. mai semangkuk..! :p

    ReplyDelete
  10. belachan + cili + sosej...hemmm mana boleh tak sedap!!!:)))

    ReplyDelete
  11. thumbs up la cik mat gebu!!!! Saya pun selalu dpat jawapan, "masak la apa2". Apa jenis makanan la gamaknya tu ye. Lepas ni kita buat burger goreng belacan pulak. hihihi ;) http://my-recipies-collection.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. wahhhh....nampak menyelerakan nh...mau cube buat...sy mmg suke makan sosej...yeyeye..nk buat..nk buat...hehehehe

    ReplyDelete
  13. waaa....belacan !!! kesukaan bos....tapi malang skali,terpaksa pantang,sebab alahan..jari gatal lepas makan belacan..haha..

    ReplyDelete
  14. cik matttttttt
    kita ada semua bhn tuh
    nk buat ler
    thanks bg idea masak hehhe.

    ReplyDelete
  15. Cik Mat ni inovatif la...
    Boleh masak belacan dengan sosej. Bagus jugak ni ;-)

    ReplyDelete
  16. Mat, dah siap tag ko bg tuh..berpeluh sakan akak...dah la tercekik tulang..huh! Akak tag ko balik..padan muka..hahaah..adeh adeh..apasai sakit perut tetiba...tulah kebabaan ke nih! hehe

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.