BEN ASHAARI

Tuesday, November 30, 2010

RENDANG SOTONG.

P1240232
Salam semua, pernah masak rendang sotong?...Mat pun pestime dengar dan pestime buat, serius cakap, sedappp sehhhh!, mana2 yang tak makan daging atau ayam, mat syorkan buat ini masa ari raya, berbaloi beb!..tapi awas, ubat gatal's harus disiapkan, bukan apa takut lah lepas makan tak hengat nanti bergaru sakan macam "berock"...rela kee?. Terima kasih mat pada "Kak Ida 1001 Resipi", mat skodeng dari blog dia beberapa hari lepas kat sini..., terus salin, dan semalam masa ke JB, singgah pasar, aku rembat leer sotong dalam 1 kg, beringat2 juga sebab mat gebu kan alergi, habis kang keluar ruam lampin...nahe..nahe..tak bess, gatal koo, meretip2 rasa kegatalannya..adoiii!!!. Resipi memang mat ikut bahan2 dari blog kak ida cuma sukatan tu mat ikut style sendiri dan mat tumis sedikit dengan minyak kelapa, terima kasih kak ida!...Jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor sotong saiz besar (mat guna kurang lebih 600 gram)
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, belah 6
4 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka (mat tambah)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak kelapa (minyak biasa pun ok), tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga harum. Masukkan sotong, masak hingga pekat, tuang santan dan masukkan garam secukup rasa, gula melaka, daun limau purut dan asam gelugor.
  2. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan belahan bawang besar, kacau rata dan masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak guna satu kaedah lain pun ok juga, yelah kan takut sotong jadi liat. Ok buat macam ni, sotong tadi celur dalam air panas mendidih bergaram selama 30 saat, angkat dan toskan. Masak bahan2 rendang seperti biasa, hingga kering dan terbit minyak, masukkan sotong tadi bersama hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak 1 -2 minit, matikan api..

19 comments:

kakchik@ella said...

Sedapnya Pakcik Mat. kalaulah Pakcik Mat jiran saya, saya sua pinggan kosong. Hahaha ..

Iris Kitchen said...

waahhh.. sotong pun bole buat rendang..best..best

IBU WAFIQ said...

tak pernah try lg buat rendang guna sotong...kan best kalo kita berjiran..hehehe..nak try la..

jom layan :

http://diariibuwafiq.blogspot.com/2010/11/aku-di-tipu-28-tahun-sadis-sungguh.html

akuanakpahang (AAP) said...

Salam En Mat.
Saya biasa pekena sotong goreng tepung :)
New Entry "Aku rindu pada mu... kata Pungguk"

EDDIE YUSTIN said...

Salam ..memang first time dengar..tengok gambar menyelerakan..terima kasih kongsi resepi ini..

♥ Roshazzy Shag ♥ said...

Fisrt time Shag dengar Rendang Sotong. Macam wajib cuba je? Kiki :P Resepi lebih kurang sama je dengna rendang ayam. Senang jela keje nye :)

Matjoe said...

wow terror laa MG ni, x penah terfikir nk wat rendang sotong

Mak Peah Bini Sood said...

Salam MatGebu

Tak tertahan jiwa rega MakPeah melihat hidangan ini...ngecir air liurku

Idalara said...

teringat ada sotong kat rumah..rasa nk buat, tp teringat pulak anak2 kat kg..cancel..tggu anak2 balik..

Syue Mustafa said...

Sedapnya Abg Mat. Dah ler tengah lapar ni. 1 hari nanti resepi ni harus dicuba....

Ummi said...

Emmmmm...merendang pulak...sedap nampak..

Melur Jelita said...

Tak terfikir pulak sotong boleh dibuat rendang. Memang kreatif la pakar - pakar masakan ni. Meriahhhh alam masakan ....lagi meriah kalau Cik Mat pelawa kami semua pi makan - makan...he he he

p/s lantak la siapa nak pandang negatif. Saya cakap yang benar. tak suka orang menyombong dan berlagak !

Malek Ku said...
This comment has been removed by the author.
Malek Ku said...

hurm abg mat pandai buat makaroni bakar x? nak resepi buleh....
hehe..abes exam ni nk mkn sunggguh2 ni..huhaa

Citarasa Rinduan said...

cik mat--
awatlah tayang sotong..
ayu pun spesis cik mat..alegik...

aima said...

RENDANG SOTONG??????...

Mat Gebu said...

SALAM PADA....

@kak chik - hahaha boleh sangat2, jadi mangsa tukang rasa yea..

@salam iris - yep unikkan, thanks to kak ida 1001 resipi.

@ibu wafiq - tu lah saya pun 1st time ever try, not bad dan sedap, rasa mcm rendang daging.

@APP - apa kata test rendang sotong pulak...

@eddie - nanti boleh cuba test, saya rasa kalau ikut kaedah dalam "catatan mat gebu" tu pun ok.

@roshazzy - yep sama je dengan rendang ayam tak jauh beza..

@mat joe - erkk..biasa2 saja, terima kasih singgah dan tinggal komen di blog masak2 saya ni.

@mak pead - terima kasih, hmm sama pulak nama dengan arwah nenek saya "Peah bt Syawal"- al-fatihah..

@idalara - tak pe nanti boleh buat kita makan ramai2 yea..

@syue - wajib cuba, mana2 yang nak kelainan tu kan, memang sesuai.

@ kak ummi - kak, sedap rendang ni, cuma tak boleh masak lama2 nanti sotong liat.

@ melur jelita - terima kasih komen membina MJ, tu lah, saya pun seboleh2 tanam sifat cemburu membina dalam diri, buat apa nak rasa tak puas hati dengan kejayaan orang lain, kita sama2 berusaha lah untuk setaraf dengan mereka..

@malek ku - hmm rasanya ada resioi dalam DTS ni, kejap eks, cuba malek tgk disini --> http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/makaroni-bakar.html

@ CR - hehehe, tak pe ubat adaaa...tapi kena juga beringat, kolestrollll...seramm.

@aima - yeaaa rendang sotong..tak percaya ke?..

Sis-Lin said...

1st time aku baca rendang sotong...huhuhu

Eda said...

waaaa...lapar lak nih....meleleh leleh dah air liur...

musti cuba bila blk kg...

eh, apsal blk kg je br nak cuba nih..hihi...(ramai2 br best mkn!!..hehe)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.