PAIS IKAN MAK DARA....SEDAPPP!!....

P1230705
Assalammualaikum, selamat petang..haha, hari2 update blog mesti dok gunapakai ayat skema tu, tak kesah lah kan. Janji ada N3 baru. Anda pernah makan pais ikan?...Shhh dediam eks, sebenarnya mat gebu kan 1st time ni buat..hehe, segan ai. kat FB dulu ada yg minta resipi, tapi mat kata nanti ku usahakan. Makanya hari ini mat gebu telah melaksanakan. Tau tak kat mana mat cekau resipi ni?...Haaa, tu hari kan masa mat merantau membawa diri ke blog "Mak Dara Terdiva (MDT)", sekali tu ter ter ternampak resipi pais ikan banjar....Banjar tu tau tak apa, bukan banjaran titiwangsa lahh..tapi "Banjar" ni salah satu ethik kaum melayu, alah macam orang Jawa, Bugis, Boyan, Mandaling, ha macam tu laaa..Terima kasih yea Mak Dara Terdiva (MDT) share resipi ni, kalau nak tengok hardcore punya, boleh klik sini.....

P1230716
Resipi dia simple je, tapi serius, memang sedap. Kalau mak dara dia guna ikan kembong, tapi memandangkan mat gebu sendiri dah naik kembong, aku tukau dengan ikan tenggiri, ikan tenggiri ni pun fresh from the sea, abg mat pi mancing tu hari, dia bagi sekerat, besar juga tadi mat potong dalam 6 keping macam tu. Rahsia kesedapan ni mungkin dari teknik membungkus ikan pais tadi dengan daun kunyit sebelum dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Amacam, ada brann nak try resipi nih?...Bebaloi tau, akhir kata, salam sayang dari DTS -Mat Gebu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping daging ikan tenggiri, digaul dengan sedikit serbuk kunyit
2 helai daun kunyit muda, hiris halus
1 - 2 camca besar jus asam jawa
1 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa kulit basah
Garam dan gula secukup rasa (nak guna serbuk perasa pun ok)
2 biji bawang besar saiz sederhana*
10 biji cili padi hijau*
1 biji cili merah (mat tambah sendiri)*
1 ulas bawang putih (sendiri letak)*
1/3 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat)
4 helai daun kunyit, untuk membungkus
Beberapa helai daun pisang, untuk membungkus


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul kelapa parut bersama bahan tumbuk lumat, daun kunyit hiris dan perasakan dengan garam, gula dan juga jus asam jawa secukupnya, gaul rata.
  2. Bentangkan sehelai daun pisang, alas dengan 2 helai daun kunyit, kalau daun kunyit saiz besar, guna 1 helai saja. Letak 1/4 bahagian no. 1 tadi, ratakan dan susun 3 keping ikan tenggiri, letak 1/4 bahagian lagi atas ikan dan ratakan. Balut ikan tadi dengan daun kunyit, kemudian bungkus dengan daun pisang, biar tebal sikit. Buat kaedah yang sama untuk satu lagi.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 30 minit. Keluarkan dan hidang panas2 bersama nasi dan lauk2 lain.....hmmmm, ratah macam tu punn sedappp. Boleh penggsann!

Post a Comment

18 Comments

  1. tengok gamba pun dah rasa sedap... bila la boleh nak try ni... ikan tenggiri ada sekeping je dalam fridge. cukup ke?

    ReplyDelete
  2. betul tu kak ros, mas pun terliur tengok....sedappnya...

    ReplyDelete
  3. tengok blog DTS cik mat hari2 pun mek pengsannnnnn! nak kata hapa..hahaha!

    ReplyDelete
  4. cik mat..
    macam citer si tanggang plak..hihi..
    terliur2 nengoknya

    ReplyDelete
  5. waduh!rasa ingin saja ku terbang balik ke kampung..minta mak buatkan..huhu

    saya mesti cuba!(eh cem iklan lak..hehe)

    ReplyDelete
  6. woww! cayalah cikmat!

    sdap smpai x prasan nasi bertambah 2-3 pinggan :)

    ReplyDelete
  7. selalu kak buat guna ikab bilis basah... buang semua tulang2nye senang nak makan.. ini lagisenang isi saja..kak nak try laa...

    ReplyDelete
  8. oven?...

    patut ayu try...mana tau kan, mak mertua puji....hehehehe

    lagilah harum, bubuh daun kunyit...sure terangkat

    ReplyDelete
  9. nak ubah sikit...saya kalau nak buat bungkus dalam daun kunyit tapi balut dengan alminium foil ! sebab daun pisang payah nak dapat kat sini...kesian betul.C &P resepi ni ye...TK

    ReplyDelete
  10. salam kak rose..
    Boleh juga lah kak, buat ilang2 kempunan...

    salam mas...
    Erkk...kecur juga ke..hehe.

    salam hot mama...
    Hahaha, bahaya nih...

    salam fara...
    Erkk, tak mo,nanti jadi batu...

    salam kalamhati..
    Yess ibu buat lagi lah sedap kan.

    salam MDT...
    Terima kasih pada mak dara...waa salute sama resipi lu..sedap sehh!.

    salam kak ilah...
    Mak usu saya pun buat guna ikan bilis segar, sebab ikan bilis tu lagi lemak.

    salam velasrizal...
    Hahhaa, lagi sorang..releks yeaa.

    salam puan ayu..
    Hmm wajib cuba, sedap resipi MDT tuu...

    salam sonata...
    Boleh saja...tak de masalah.

    ReplyDelete
  11. Salam abg mat..

    Ada nama lain tak bagi pais ni? tak berapa familiar la.. hehe

    ReplyDelete
  12. wahhh....sangat mngganggu tekak saya ketika ini...juga membuatkan perut saya berbunyik...harus cuba ni....


    mush new entri..
    ehh...ehhh cantiknya vantage..

    ReplyDelete
  13. aduhhhhhh.. meleleh air liuq!! banjirrrrrrrrrrr!!! huH!

    ReplyDelete
  14. kita teringat masa kat kg jiran sebelah rumah kita selalu buat ikan pais ni tapi mak kita x reti buat jadinya kita sudah mengending le kat jiran kita tu akhirnya dapat gak makan windunyerr kat kg ku..aduiii terliur kita tgok..

    ReplyDelete
  15. salam, saya seorang pelajar jurusan masakan di sebuah kolej swasta. saya diminta untuk mengkaji tentang pais ikan . saya mahu meminta izin untu ambil resepi dan gambar disini untuk menyiapkan tugasan saya, terima kasih ya :))

    ReplyDelete
  16. Kalau kelapa parut tu ganti pati santan boleh ke?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.