Salam sejahtera, dah makan tengah hari ke?...Hari ni lewat sikit lah masukkan N3, tadi line tenet ni mengong pulak. Kalau perhatikan menu DTS yang biasa2 saja kan, bukan apa, masakan yang mudah senang orang ikut dan gaya masakan walaupun yang mudah adalah tidak sama pada setiap individu. Mat kalau masakkan, suka cuba tambah bahan lain sikit, bukan apa nak rasa kelainan apa yang terhasil jika sekian bahan, dimasukkan dalam sekian resipi. Tapi apa yang bagus sekali mesti lah resipi origanal tanpa ada penokoktambahan bahan2 yang tak sepatutnya. Hari ni mat masak simple je, atas tu asam tumis keladi dengan daun selasih juga ikan masin cekik leher@ selar kuning. Yang tu kan memang authentic masakan kampung. Kalau guna tulang ikan masih kurau pun sedap...
Yang ni pulak semua sedia maklum, ubat gatal bagi mat gebu, wahh rancakkan makan sotong dan ketam segala..hehe nasib baik ada ubat gatal, kalau tak..sayonara lahh semua benda2 laut ni. gatal weyy..kang bibir jadi seksi..erkk tak relaaa, sambal sotong ni mat buat kering sedikit. Sotong ni saiz dia agak besar. Mat celur dalam 30 saat sebelum digunakan untuk membuat sambal tumis...dann...mat ada masak satu lagi menu, yang tu sepesel dan sedapp, mat ambik dari blog "Makdara Terdiva"..tuu diaa koo jangan memain, memang vogue resipi tuu..petang nanti mat share ok...Jom semak resipi dulu..
ASAM TUMIS KELADI...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku keladi saiz sederhana, kupas, dipotong kiub, rendam
3 ekor ikan masin cekik leher @ tulang ikan kurau, cuci bersih dan toskan
1 genggam daun selasih
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
4 biji cili merah*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
SAMBAL SOTONG...
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, potong bulat, cuci bersih dan toskan
1 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, potong baji
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
Yang ni pulak semua sedia maklum, ubat gatal bagi mat gebu, wahh rancakkan makan sotong dan ketam segala..hehe nasib baik ada ubat gatal, kalau tak..sayonara lahh semua benda2 laut ni. gatal weyy..kang bibir jadi seksi..erkk tak relaaa, sambal sotong ni mat buat kering sedikit. Sotong ni saiz dia agak besar. Mat celur dalam 30 saat sebelum digunakan untuk membuat sambal tumis...dann...mat ada masak satu lagi menu, yang tu sepesel dan sedapp, mat ambik dari blog "Makdara Terdiva"..tuu diaa koo jangan memain, memang vogue resipi tuu..petang nanti mat share ok...Jom semak resipi dulu..
ASAM TUMIS KELADI...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku keladi saiz sederhana, kupas, dipotong kiub, rendam
3 ekor ikan masin cekik leher @ tulang ikan kurau, cuci bersih dan toskan
1 genggam daun selasih
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
4 biji cili merah*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Keladi direbus hingga 3/4 empuk, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahab kisar halus hingga harum. Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan masin tadi, biar masak sekejap.
- Masukkan keladi, tambah sedikit garam dan gula, kacau dan masak hingga keladi empuk. Akhir sekali masukkan daun selasih, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman.
SAMBAL SOTONG...
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram sotong, potong bulat, cuci bersih dan toskan
1 cawan cili kisar
1/3 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, potong baji
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sotong tadi dicelur 30 saat dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
- Tuang jus asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Bila hampir kering, masukkan sotong dan belahan bawang besar tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..
12 Comments
Ko membuat ku panasaran CMG...asam tumis..terliur hamba...ko keluarkan waktu nak lunch pulak..terbaeeek
ReplyDeleteohhh sambal sotong...!!!
ReplyDeletecik maaaaat,nyampah lah tengok lauk mat hari ni..terliur.meleleh2 dah..sape nak lap ni???
ReplyDeletenak tunggu pasar tani hari khamis ni lah.nak beli keladi..lama nau lak rasanya hari khamis..huhuhu..
seb baik aku tak ngandung kalo tak siap ko cikmat oii..
slm abg mat...
ReplyDeletesedapnye asam tumis ...sy baru je mkn 2 hari lps. tapi tgk abg mat tayang,mcm nk kna g cari lgla keladi ni......
Hahaha. Memang tengah mengidam sayur keladi. Nak2 sulur keladi. Confirm kena pi cari lepas ni ;p
ReplyDeleteSuka try resepi kat blog Mat, sebab senang je nak ikut instruction nya tu. Mudah pun mudah. Sedap pun sedap. ;p
off topic jap,
ReplyDeletecik mat, kat mane nak cari minyak bijan yg halal??? jenuh dah cari kat sini semua tulisan cina..sob..sob...
salam cik mat... macam mana nak bagi sambal tumis sotong tu pekat???saya buat asyik cair je kuahnya...
ReplyDeletesuka menu ni..abah saya nya fav
ReplyDeletelauk kampung memang masyuk
ReplyDeleteCMG: nak tanya ni, kalau oven tu kita guna utk roast ayam ke apa ke then kita nak guna utk baking plak oke ke?.. kot lekat2 bau bagai..
ALL IN ONE
wahh mat gebu...sotonggg kegemaran ku, sedap makan ngan nasi kosong panas2, then telan ubat alergik..haha
ReplyDeleteya ampun...harini saye rase malas gile nak g dapur..sebab kan..tengok makanan2 kat page mat gebu ni je dh wat kenyang..haha...sedapnyerrr~ wajib cube niy :)
ReplyDeletesalam mr eddie...
ReplyDeleteAiseymen broo..sori lah yeaa..hehe.
salam kak mulan...
Waaa kak, long time no see, bz ke?..
salam anymz...
Hahah adehh tak pe nanti saya mop..oo ok ok khamis tak lama lagi kan..
salam mimiey...
Yess betul2, kena cari lagi..kalau tak suka daun selasih tu, guna daun kunyit pun ok.
salam azlina..
Waaa artis laa..hahaha, terima kasih yeaa..
salam MDT...
ok, saya guna kan jenama "Ajinomoto"...
salam yasmin...
Ooo, tu pasal saya celur sekejap sotong tu. Then bila cili dah garing semuakan, dah last2 masukkan sotong. masak sekejap jee..
salam peri...
Feberet saya juga..hehe
salam nur...
Lepas bakar ayam kan, bukak pintu oven kasi semua bau2 dia keluar, lepas tu letak daun pandan dalam oven tu..
salam mamma..
Kita berada dalam situasi yang sama.
salam feez...
Waaa ini dah mcm cita doraemon pullakk...hehe.