BEN ASHAARI

Monday, November 22, 2010

CREAMY CARROT JUICE....KEBAIKKAN YANG DISALAH ERTI...

P1240080
Salam petang semua, sebab cuaca di Johor ni agak panas, jadi mat sajikankan dengan creamy carrot juice, ala2 carrot susu juga, tapi mat guna vanilla ice cream sebagai pengganti susu, hmm sedap dan nyaman jee bila masuk dalam tekak. Cuma kaler dia kurang menyerlah sikit. Kebetulan lobak merah cuma ada 2 batang saja, kalau ada 3 lagi sedap, terasa ke"lobak"kannya. Tapi yang ni masih sedap dan terrasa nyaman bila sampai di tekak, apa yang penting kena hidang sejuk. Ok nak cerita sikit laa...

Tadi kan di chat box, ada sorang "guest" bertanya pada mat, pada pasal hubungan mat gebu dengan ben ashaari, soalannya berbunyi begini--->"Guest salam MG....maaf btanya...anda ada apa-2apa ke ngan Ben Asaari nie...pelik sgt la melihatkan kemesraan luar biasa anda untuknya...jgn marah yaa.".. Hmm, nak tanya, betul ke "style" kemesraan Mat - Ben ni "luar biasa"?..Pada mat ianya hanyalah satu perhubungan sahabat maya yang kebetulan berjiran di blog serta kami sering membantu antara satu sama lain dan selama berblog ni pun cuma 2 kali je kami bersua muka, itu pun ben yang singgah ke rumah mat bersama isteri beliau...Masalahnya nampak serong ke perbuatan mat gebu yang sering menyebut nama Ben, ada kala dalam N3, link kan ke blog BA?..Mat tak kesah dengan isu2 macam ni tapi kan tolong lah jangan buat spekulasi, blog DTS milik mat gebu, jadi terpulang pada tuan punya blog untuk melakukan apa sahaja selagi tidak membangkitkan isu2 politik, ugama, ugutan dan melanggar adap susila..Lagi satu, mat nak pesan, sebanyak mana resipi nak ambik sila, mat halal kan dunia dan akhirat, tapi tolong lah jangan libatkan hal2 peribadi dengan bertanya soalan2 aneh lagi pelik...

Mat sendiri pernah merasa dulu, ada sorang blogger masak2 (wanita) dilarang oleh suami beliau untuk bertegur sapa dengan mat di blog, waima singgah di blog DTS pun dia tak bagi. Tapi itu hak dia sebagai suami, kita berblog ni tak boleh nak larang sapa yang nak singgah, kecuali blog itu di private kan. Pada "guest" yang dimuliakan, jawapan yang pasti telah mat beri di chat box, jadi jangan lah buruk sangka antara mat gebu dan ben, saya faham soalan "guest" tu, mat gebu walaupun duduk kampung terceruk, tapi masih boleh berfikir secara waras, soalan2 macam tu sebenarnya boleh merosakkan reputasi kami sebagai blogger, harap faham lahh...Oh yea, "Guest"..kenapa tak guna "nama" yang lebih indah selain "GUEST"?....Ok selesai sudah hujah mat gebu, jom kita tengok resipi menyejukkan badan pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 batang lobak merah
400 ml air mineral @ air masak
3/4 camca besar gula atau ikut manis
6 scoop ais krim perisa vanilla
Ais kiub secukupnya
Hirisan lobak merah sebagai hiasan
Daun pudina sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lobak merah dicuci bersih, kerat dan kisar dengan 400 ml air tadi. Tapis dan ketepikan. Cuci blender tadi, masukkan kembali jus lobak, dengan gula dan ais krim vanilla, kisar hingga semua sebati.
  2. Isi beberapa ketul ais dalam gelas pilihan, tuang jus tadi dan hias dengan lobak merah yang telah dibentuk pada bibir cawan. Hias juga dengan sehelai daun pudina. Hidangkan segera..hmmmm...

30 comments:

whitecappuccino said...

oitt! sampai begitu sekali..napela org suka sgt pikir yang bukan2 kan?
Tapi carrot juice mmg sodap!!

eqbalzack said...

mcm2 la la blogger 'guest' tu...singgah tgk resepi sudah laa...hehe

lemongrass said...

Macam2 perangai manusia kat dunia ni kan. Ada segelintir yang tak pernah senang dengan orang lain walaupun orang yg dia tak kenal.
I cukup nyanmpah orang yg sibuk2 nak tahu hal peribadi orang lain ni, macma dah takde kerja lain kan.

ctsamsena@cekdesam said...

alahai manusia, mmg suka fikiran negatif je...

akak suka carrot juice...yummy...

shafinaz mahad said...

isy,,isy,,dosa buruk sangka camtu,,biarlah dia CMG.allah balas nnt cash!

easy said...

salam cik mat, nampak segar je jus tu.. erm lain org lain pandangannya kan. y ptg tak ganggu org kn

AiDa said...

slruupppp..sedap nyer...nak try jugak la nnt..kena g beli eskem vanilla dulu.heheh..tenkiu CMG..;)

akuanakpahang (AAP) said...

Salam bertandang.
Manusia mmg suka pikir bender yg bukan2.

Saya juga pengemar carrot juice mmg best :)

Jom singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

bungacahaya said...

Hahah...saya ingat keburukan carrot juice.

Hanie said...

Cik Mat.. you're the best!! Sukaaa sangat your recipes dan gambar gambar yang terpapar dalam blog ni lawa dan memang nampak menyelerakan :) Harap2 satu hari nanti resepi2 ni boleh dibukukan ..hehe

HaSue said...

salam cikmat..harus sedap air nih bila letak eskrem vanila laa pulak..uihhh terasa2 dalam tekak haa..lenkali nak try..stok eskrem tarak skrg

Apa2pun cikmat,entah2 guest tu curious sampai gitu sekali sebab dia pk ke situ laa tu..cam org yg biasa tengok dari mula lagi takde laa nak pk macam2 sampai kuar soalan pelik lak..sbr jela kan..hehe..

it's JULIA said...

sabar yee cik Mat. Perangai orang macam2 kan.. Nampak sedap carrot juice tuu nak secawan pasti bestt.Salam manis..

imal's said...

salam cik mat. saya suka la dengan resepi2 cik mat.

BEN ASHAARI said...

ginilah nasib diriku yang malang oh tuhaannn...

Bila buat baik ngan perempuan , kata gatal... Bila buat baik sesama lelaki , kata pelik ..

Apa punya pelik daaa... duk diam diam dah ler ..

AiNiey Bariyyah said...

sabo je la CMG and BEN,hehe..

Sya said...

CMG...pedulikkan ajerrr org gitu...

Nak trade air carrot tu ngan tahu sumbat aci tak?

hana said...

si pulan ker si pulanah erk?? sengal.., sengal... aku rasa jeles tahap cinpanzi la tuh! huh! eh!bak mai carrot segelas! aku nih kdg mlm2 buta nih ilang akal sket nk nom sejuk2... haha...,

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam cik mat...
aduh kontroversi sungguh lah...memang panas..

semoga kedua-dua blogger hebat nie sabar yer..

betul kata ben..dugaan diri yang malang....

tapi, saya doakan dts dan ba sentiasa menyokong anatar satu sama lain..amin

Ezrin Jamil said...

harap bersabar..
always have a positive thinking yaa :)

Mama Zara said...

sedapnya jus carrot...aritu masa preggy, rajin je cik abg blend carrot, la ni dh x boyot..xde makna la dia nak buat...huhuu

tp xpe lah, air2 lain pun rajin dia tlg buatkan...hihiii

all time fav yg kena ada lam peti-sirap limau... :)

Mat Gebu said...

Terima kasih pada semua, jus carrot tu sedap..mat suka.. Dan N3 "GUEST" tu adalah untuk pemberitahuan pada mereka2 yang dalam "hati kecil" masing2 ada terniat soalan yang sama, ingat mat gebu suka ke nak bangkitkan isu2 macam ni, sensetif woo, cuma pada GUEST tu, mat kurang senang dia bertanya sedemikian rupa. Bukan niat nak tarik traffic sebagainya, tapi jika itu pemberian Allah swt pada DTS, mat gebu tak mampu untuk menolak, syukur alhamdulillah sahaja dapat ku ucapkan...

aida mn said...

Salam Cik Mat,
biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya..biarkan biarkan..biarkan mereka dengan spekulasi dan prasangka mereka..taraa bleh tengok orang sinang kaaaa...ni kan blog kite..suke ati kite nak wat pe kannn. Kite tak ganggu idup orang kan...takgitu..ahakss...apa-apa pun akak doakan Cik Mat berjaya dan teruskan dengan apa je yang sedang diusahakan..aminn

mama ain said...

"guest" tu jealous sebenarnya sbb blog dia tak glamor mcm blog CMG ngan blog BA...tak yah layan lah dia CMG yg penting CMG ikhlas memberikan sajian2 masakan yg menarik kat blog CMG ni..

WanYgBest said...

1. rasanya bukan nama Ben je CM slalu sebut, utk peminat tegar mcm saya, rasanya ada nama Hanieliza la, Mamafami la...etc..

2.pasni CM masukkan lagi la nama 'Guest' tu dlm entry, sian dia, dia nak glamour gak

3. carrot juice mmg best...cake carrot pun lazat!

Ummi said...

Salam,
Buat Guest, moga2 lain kali kalau nak bertanya, fikir2 sikit bila nak letak perkataan "luar biasa" yang boleh dipelbagai tafsir jugak oleh orang yang menerima dan membaca di sini....Apapun Mat, banyakkan bersabar kerana Allah sentiasa menguji dan bersama2 dengan orang2 yang sabar...macam2 karenah manusia kita kena hadapi kan dan akan mematangkan kita...Caiyoookk Mat!

Suejoshua said...

Manusia mmg macam tu, tak gheti jaga molot walaupun sebenarnya penakut!
Kawan ni kadang kita dah baik dengan dia, start ar nak korek dok tanya yg bebukan! selalu jer terkena macam tu, menciiiiiiiiiii!!!!!!
dia jeles kot? atau dia syok ngan Ben kot? waaaa! mati aku kena tembak ngan Ben ni kang!
Mat, banyak2 bersabolah yer...kim salam bak ngan mak yah sayang :D

syahir said...

salam abe mat, rencah kehidupan...baru terasa manisnya hidup ini. teruskan berkarya ya.

MamaFaMi said...

Haiiii pengsanlaaaa baca ingredients carrot juice ko ni Mat. Macam terasa-rasa je kesedapannya tatkala jus itu mengalir masuk menerusi anak tekak ku ini...

Erkk... ko panas lagi ke Mat? Meh kita sama-sama minum carrot juice ko ni...mesti nyaman! Sabor eh...saboorrrr bebanyak...

nba-Nur said...

Jangan difikirkan sangat orang2 yg berfikiran negatif tu Cik Mat. Apa yg penting, kita tahu apa yg kita lakukan. Semoga ia tidak mematahkan semangat Cik Mat untuk terus berkongsi resepi dengan kami.

KayNisa said...

ish2, rata2 blog yg sy slalu lawat. mesti akan ada issue mcm ni. tp yg xbes, org tsebut sgt penakut, dan mesti akan act sbg GUEST, Anonymous, Tanpa Nama..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.