BEN ASHAARI

Saturday, October 9, 2010

AYAM MERAH PAK LONG

Ayam Merah Pak Long
Salam semua, buat apa tu malam2 minggu macam ni. Haaaaaaaaaa.... MEREMPITT!!...kus semangat, jangan lah macam tu..buat remaja2 semua, elakkan lah merempit atau jadi minah kepit, teringin ke nak terbongkang atas jalan raya atau pun duduk seiring dengan tayar lori!, aduhh keji sungguh ayat2 tersebut, mintak simpang malaikat. Saja je bagi tau, mat gebu sendiri pun bukan lah baik sangat, aku jahat juga..melawan cakap orang tua, aku lah championnya, tapi tu dulu laaa....hehehe.. Ok jom lihat resipi ayam merah pak long, ini resipi asal dari arwah pak long mat yang memang pandai memasak, dia ni orang Bugis dan berkawen dengan mak sedara mat gebu. Rasanya dia masak ni masa umur mat 12 tahun macam tu tapi tekak bonda ku masih boleh ingat antara bahan2 yang digunakan, salah satu bahan utama ialah "kacang tanah"..jom semak resipi...jangan tunggu lagi yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka
1 biji bawang besar hiris bulat
1 genggam isi kacang tanah jenis besar
1 cawan santan (mat guna 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan air)
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
2 tangkai daun ketumbar, potong kasar2
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah tadi dicuci, dan rebus hingga lembut dan buang kulit. Ayam dicuci bersih, lumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng embal-embal (tak berapa garing), angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah dan santan, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar dan perasaakan dengan garam dan gula (selalunya manis sikit). Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan bawang besar, gaul dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kacang pis sebelum dihidangkan, jika suka...

9 comments:

fara dean said...

salam cik mat.
mmg nmpk sedap dan bersari..
kelaiannya ada boh kcg tanah tu..nnt nak cuba la..

joegrimjow said...

antara masakan paling senang
ayam masak merah

Kalamhati said...

selalau masak ayam merah resepi mak..nak cuba yg ni plak..mcm best sgt..=)

era_zierah said...

lauk peveret ni..
tbe2 rindu masakan mak.. :(

cu734ngel said...

huish..marbeles...:)

linda said...

Salam cik mat,

Nak tanya kacang tanah tu kira nya lepas rebus pastu masuk sebiji2 xyah blend ke ek? Bulat2 camtu je ke? Masakan ni manis2 pedas erk?

Q'ein said...
This comment has been removed by the author.
Q'ein said...

salam, cik mat saya minta izin nak copy respi ni boleh?? rasenya special sbb 1st time jmp ade kacang. saya suka sangat respi ni. maaf la saya menderhaka sikit hu3 ade ubah sikit2 , saya bdk baru belajar.

cik sepatu puteh said...

salam... pakcik gebu..ops, che mat gebu.. saya budak baru belajar... actually dh lm jd silent reader, bru la ni berani nk komen.. neway, ayam msk merah tu npk seksilh...sedappp..! ^^ sy nk cuba watlh mlm nti ntuk dinner..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.