NASI GORENG DULU-DULU

Nasi Goreng Dulu-Dulu
Salam Sabtu, aduhh dah tengah hari, masa orang santap nasi berlauk aneka ragam, mat gebu baru sempat nak masukkan N3 sarapan. Hmmm, tak pe lah dari tak de N3, betul tak. Nasi goreng antara resipi yang paling sikit mat letak dalam blog, sebab pada mat benda ni dah biasa sangat. Orang semua tau buat dan tak kira peringkat umur semua suka. Mat sebenarnya teruja bila "MamaFami" tag mat dengan nasi goreng, di FB malam tadi..sabau jee aku mama nihh. Nasib baik mat gebu tak bangun goreng nasi malam tadi...hahahha. Mat goreng paling simple, macam mak2 kita goreng dulu, guna bahan yang ada saja. Tapi apa yang pasti air tangan ibu kita memang tiada tandingan...setuju tak?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi (semalam punya)
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
2 camca besar cili kisar
4 tangkai kacang panjang, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan timun
Hirisan daun sup
Daun salad
Telur mata kerbau (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nasi semalam tu kalau dapat biar keras sedikit, maksud mat jangan masak lembik sangat, bagi dia rupa seulas2 nasinya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar hingga harum dan cili garing. Masukkan hirisan kacang panjang, kacau rata.
  2. Tolak bahan2 tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa (kalau nak ganti garam dengan kicap cair pun ok).
  3. Masukkan nasi, gaul hingga rata. Gunakan api besar. Bila semua bergaul mesra, perlahan kan sedikit api dan masak hingga nasi nampak elok. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama bahan sampingan tadi. Hidangkan...
NASI GORENG DULU-DULU NASI GORENG DULU-DULU Reviewed by Mat Gebu on 10/09/2010 11:56:00 AM Rating: 5

8 comments:

  1. Nak buat .. nak buat .. nak cuba buat. Bila eh? mcm la saya rajin sgt. Hehe ..

    ReplyDelete
  2. salam mat..nasi goreng simple la yang sedap..esok nak goreng nasi lah..tq mat..bagi ilham untuk sarapan pagi esok

    ReplyDelete
  3. SAlam MG, nasi goreng yer?? hmm kasi idea..borink lak makan nasi putih jer kan?? deqlis klu buat..s/ada letak udang kering atau ikan bilis tumbuk..

    jdk laa jgk nasi grg dulu2..:-)


    http://ellismelia.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. CMG..mak saya kalau buat nasi goreng ni suka la letak ikan goreng yang makan tak habis semalam ke kan..memang mengancam betul lahhh..hehe

    ReplyDelete
  5. Tak Kisah ler nasi goreng pun Cik MAT. Gambo nasi tu cun arr.. mesti sesedap rupanya.

    ReplyDelete
  6. Eemmm..memang sedap.ila biasa gak wat nasi goreng cam ni.kekadang guna ikan bilis pon sedap wooo..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.